Southampton berminat dengan Evan N’Dicka

Eintracht Frankfurt
Evan N'Dicka

Southampton antara kelab yang berminat untuk mendapatkan peain pertahanan Eintracht Frankfurt Evan N’Dicka.

Pemain pertahanan tengah kidal ini juga sedang dalam pemantauan Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Pemain yang dilahirkan di Paris merupakan produk akademi Auxerre, yang disertainya sejak berusia 13 tahun sebelum membuat debut profesional skuad utama Auxerre pada Januari 2017.

Walau hanya membuat 14 penampilan pasukan utama, ianya sudah memadai untuk menarik perhatian kelab-kelab Eropah lain. Dan akhirnya dia telah membuat keputusan untuk berpindah ke Jerman dan sertai Eintracht Frankfurt pada musim panas 2018.

Evan N’Dicka baru berusia 18 tahun ketika sertai kelab pimpinan Adi Hutter, namun dia berjaya mengekalkan dirinya dalam kesebelasan utama, hanya terlepas tujuh perlawanan Bundesliga pada musim pertamanya.

Kembali kepada khabar angin perpindahannya ke England…

The Saints sedang giat membuat perancangan untuk memperkuat bahagian-bahagian tertentu dalam pasukan pada musim panas ini, walaupun masih belum diketahui bilakah musim ini akan disambung semula.

Mereka juga sedang memantau perkembangan seorang lagi pemain pertahanan tengah kidal, Malang Sarr yang akan tamat kontrak bersama Nice pada musim panas ini.

Mohamed Salisu yang kini bermain bersama Real Valladolid juga antara pemain sasaran mereka, dan mereka sudah memerhatikannya sejak Januari lepas.

Bahagian pertahanan kanan juga merupakan kawasan penting untuk diperbaiki, dan pemain sedang dalam kontrak pinjaman ke St Mary Kyle Walker-Peters mungkin akan sertai mereka secara tetap walau musim ini akan dibatalkan sepenuhnya.

Kelab asalnya Tottenham bersedia untuk menjual pemain ini pada musim panas nanti tetapi mereka tidak meletakkan pilihan pembelian dalam kontrak pinjamannya.

Dan Walker-Peters tidak banyak bermain untuk the Saints sejak Januari lalu, kerana banyak mengalami kecederaan.

Be the first to comment