Steve Morrow bakal menjadi Pengarah Akademi Tottenham Hotspur?

Steve Morrow

Tottenham Hotspur telah meletakkan Steve Morrow dalam senarai pendek Pengarah Akademi mereka yang baru.

Spurs kini sedang mencari Pengarah Akademi yang baru selepas John McDermott meninggalkan kelab untuk mengambil jawatan di Football Association.

Morrow mempunyai reputasi yang baik sebagai salah seorang pentadbir akademi terbaik di England semasa berkhidmat di Arsenal, membantu menaikkan nama-nama pemain remaja seperti Alex Iwobi, Eddie Nketiah, dan Reiss Nelson.

Beliau hampir dilantik sebagai pembantu pengarah teknikal di FA, namun peranan tersebut telah diambil oleh McDermott.

Steve Morrow (kanan) juga telah disebut sebagai calon untuk peranan Mertersacker dan Edu sebelum pelantikan tersebut dibuat.

Walaupun beliau seorang bekas pemain pertahanan Arsenal, namun dia tetap merupakan salah seorang calon terbaik dan Spurs dijangka bersedia untuk melakukan langkah seterusnya.

Morrow menyertai Arsenal pada 1987 dari Bangor (kelab Ireland Utara), namun kurang mendapat tempat dalam skuad utama.

Beliau telah dipinjamkan ke Reading FC (2 kali), Watford FC, dan Barnet sebelum menyertai Queens Park Rangers pada 1997.

Morrow hanya membuat 72 penampilan sahaja dalam tempoh tersebut namun sangat dikenali kerana patah tangan ketika meraikan jaringan gol kemenangannya dalam perlawanan akhir Piala Liga 1992 menentang Sheffield Wednesday.

Steve Morrow dirawat di padang selepas tangannya patah di Wembley

Be the first to comment