‘Terutama Chelsea’ berminat menandatangani selepas Arsenal ‘mencuba nasib mereka’ pada Januari.

FootMercato Perancis melaporkan minat kelab Liga Perdana Inggeris terhadap pemain Bayern Munich, Jerome Boateng.

Kontrak semasa pemain pertahanan itu akan berakhir pada akhir bulan Jun 2021, yang bermaksud bahawa sekiranya Bayern tidak memperbaharuinya maka pemain tersebut kemungkinan besar akan dilepaskan mereka pada musim panas ini.

Penjualan pemain itu dilihat satu kemungkinan besar yang akan dilakukan Bayern memandangkan mereka tidak berusaha untuk memperbaharui kontrak pemain tersebut ketika ini.

FootMercato berkata, menurut sumber dan maklumat mereka sendiri, antara kelab-kelab yang berminat terhadao Boateng adalah ‘terutamanya Chelsea’ dan Arsenal.

The Gunners dikatakan telah ‘mencuba nasib’ untuk mendapatkan pemain tersebut pada pasaran Januari.

Namun menemui kegagalan dan kini melihat pada jendela perpindahan musim panas untuk mencuba sekali lagi.

Hubungan Boateng dengan Bayern Munich semakin merosot dalam beberapa minggu kebelakangan ini, selepas beliau didenda kerana melanggar nasihat pengasingan Covid-19.

Pemain itu memberi alasan bahawa beliau melakukan perjalanan ke Leipzig untuk melihat anaknya yang sakit dan menjelaskan bahawa setiap ibu bapa pasti akan melakukan perkara yang sama.

Memandangkan beliau berumur 32 tahun pada bulan September ini dan tidak lagi diperlukan di kelab Bundesliga itu, beliau bertuah kerana mempunyai minat dari Chelsea dan Arsenal.

Pun begitu, menjadi persoalan berapa lamakah kontrak (tempoh) kelab Inggeris bersedia untuk menawarkan kepadanya.

Dan itu juga menimbulkan keraguan terhadap dakwaan tersebut, lebih-lebih lagi Arsenal yang terkenal dengan polisi tidak akan menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemain berusia melebih 30 tahun

Image 6
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment