The Gunners adalah pilihan ‘terbaik’ ketika ini untuk Rodríguez.

Arsenal tetap berminat untuk menandatangani pemain Real Madrid, James Rodríguez setelah cuba menandatanganinya musim lalu.

Pemain tengah itu tidak lagi ‘diperlukan’ di Bernabeu setelah gagal membuktikan dirinya kepada Zinedine Zidane sejak kembali dari tempoh pinjaman di Bayern Munich.

Gergasi Sepanyol dilaporkan berhasrat untuk melepaskan pemain tersebut pada musim panas ini, namun sebagaimana masa lalu, tidak ada mana-mana pasukan yang benar-benar serius melamarnya.

Menurut Marca, mereka menerangkan bahawa musim panas lalu, James Rodríguez mempunyai Juventus, Napoli dan Atlético Madrid sebagai destinasi berpotensi.

Namun dua pasukan yang hampir menandatangani Rodríguez, Napoli dan Atlético Madrid dikatakan telah digagalkan Florentino Pérez yang menolak permintaan mereka diminit-minit terakhir.

Tajuk utama laporan Marca

Arsenal juga berminat dantelah membuat tawaran untuk mendapatkan kihdmat pemain tersebut, tetapi pemain tengah itu telah mengarahkan Jorge Mendes untuk melihat pilihan lain kerana dia tidak mahu berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

Rodríguez mahu pindah ke Sepanyol ataupun Itali, tetapi sekarang ‘semuanya telah berubah’.

Napoli tidak lagi mahu mendapatkan khidmatnya kerana Carlo Ancelotti tidak memerlukan pemain sepertinya dalam perancangan pasukan mereka, sementara Atlético pula telah mempunyai calon lain.

Oleh itu, Liga Perdana Inggeris dilihat satu-satunya langkah ‘paling layak’ baginya, dan Arsenal terus mendesak untuk cuba menandatanganinya sekali lagi.

The Gunners digambarkan sebagai pasukan ‘terbaik’ dengan memiliki peluang untuk menandatangani pemain berusia 28 tahun itu, dengan Ancelotti, yang kini berada di Everton, tidak menunjukkan minat terhadap pemain Colombia tersebut.

Rodríguez, bagi pihaknya, tidak ‘berada dalam kedudukan terbaik untuk menolak tawaran yang baik’ sekiranya Arsenal mula bertindak yang kini pilihan utama walaupun menjadi pilihan terakhir hanya setahun yang lalu.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment