The Gunners mulakan urusan perpindahan dengan wakil Umtiti.

Arsenal berminat terhadap pemain pertahanan Barcelona.

Samuel Umtiti bergelut dengan masalah kecederaan sejak dia kembali ke Barcelona selepas memenangi Piala Dunia bersama Perancis pada 2018.

Lebih kurang seminggu yang lalu, AS melaporkan dimana kelab Catalan telah mula memberitahu kelab-kelab yang berpotensi bahawa mereka bersedia untuk mendengar tawaran untuk pertahanan tengah itu.

Laporan AS pada 23 Mac lalu.

Arsenal dinamakan calon yang berminat, tetapi The Gunners turut dilaporkan bimbang mengenai lutut kanan pemain tersebut, yang menjadi kerisauan pada beberapa kali dalam dua tahun terakhir.

Sport pada hari Jumaat mendakwa tiga pasukan Liga Perdana Inggeris telah menghubungi wakil pemain berusia 26 tahun itu dan setakat ini, The Gunners termasuk dalam senarai ‘kelab paling berminat’ terhadap pemain kebangsaan Perancis itu.

Walau bagaimanapun, Barca masih tidak menerima sebarang twaran rasmi untuk pemain tersebut.

Juara La Liga itu percaya bahawa Umtiti telah meletakkan masalah kecederaan di belakangnya (kerana dia menampilkan aksi secara teratur pada tahun 2020) dan segala-galanya menunjukkan dia akan menukar kelab.

Di samping itu, Barcelona berharap untuk ‘melakukan perpindahan yang menguntungkan’ dengan membenarkannya meninggalkan Camp Nou pada musim panas ini.

Barcelona sebelum ini berharap dapat menjana hasil jualan Umtiti sekitar € 50 juta, tetapi kini sedar ia akan menjadi satu kesukaran untuk mencapai angka tersebut.

Mereka sedang mencari ‘tawaran yang tepat’ untuk membiarkan pertahanan tengah itu meninggalkan mereka, tetapi tidak menyebut tentang apa yang akan dianggap sebagai ‘tawaran yang munasabah’.

Sama ada Arsenal bersedia untuk mengemukakan ‘tawaran yang tepat’ untuk mendapatkan Umtiti, ia masih sukar untuk diketahui.

Laporan Sport pada 3 April 2020.
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment