Connect with us

Atletico Madrid

Thomas Partey bayar gaji pemain kelab divisyen 4

Published

on

Atletico Madrid

Pemain sasaran Arsenal, Thomas Partey akan membayar gaji semua kakitangan dan pemain kelab divisyen 4 Sepanyol.

Dia bersetuju untuk membayar gaji kelab tersebut, yang dia mempunyai hak pemilik, supaya mereka dapat menyelamatkan diri dari impak ekonomi akibat virus corona tanpa memerlukan bantuan kerajaan.

Pemain berusia 26 tahun ini telah membeli Alcobendas Sport bersama tiga rakan kongsi, termasuk ejennya Jose Jimenez, pada penghujung Ogos tahun lepas.

Advertisement

Para pemain kelab yang berpusat di Madrid ini risau akan masa depan mereka apabila virus corona telah menyebabkan penangguhan perlawanan bola sepak.

Tetapi Partey telah mengambil langkah ini untuk menghilangkan kerisauan mereka.

Alcobendas Sport

Sementara kelab-kelab lain di tiga divisyen teratas Sepanyol, termasuk Barcelona dan Atletico Madrid telah menggunakan skim ERTE – terma di Sepanyol yang bersamaan dengan cuti tanpa gaji – para pemain dan kakitangan Alcobendas Sport masih boleh menerima gaji mereka setiap hujung bulan.

Kelab tersebut hanya satu mata di atas zon penyingkiran sebelum musim ini terhenti.

Advertisement

Persatuan Bolasepak Sepanyol telah membuat keputusan bahawa perlawanan play-off tanpa penyingkiran akan menentukan musim liga peringkat ketiga dan keempat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply