Connect with us

Arsenal

Tidak masuk akal pemotongan gaji Ozil menurut dakwaan dari Turki.

Published

on

Dakwaan di Turki bahawa Ozil memberitahu sumber rapat pemotongan gaji di Arsenal tidak akan masuk akal.

Fenerbahce masih berminat dengan perancang Arsenal, Mesut Ozil dan masalah yang dihadapinya dengan The Gunners dapat menyebabkan dia menyertai Yellow Canaries pada musim panas, lapor Fotomac.

Dilaporkan pemain berusia 31 tahun itu menolak pemotongan gaji yang dikenakan Arsenal kerana dia yakin bahawa dia akan menerima gaji yang lebih rendah di Fenerbahce, jika dia bersetujui dengan pemotongan tersebut.

Seperti yang ditafsirkan oleh Footmac, bekas pemain antarabangsa Jerman itu mengatakan kepada kenalan rapatnya: “Sekiranya saya menerima potongan gaji, saya akan pergi dan bermain untuk Fenerbahce dengan gaji yang sama.

Advertisement

” Ini tidak masuk akal.”

Namun harus diingat, ini adalah sesuatu yang ditulis menggunakan perkataan yang berbeza, untuk mencapai maksud yang lebih besar, sesuatu yang sangat biasa digunakan media Turki dan BUKAN petikan (quote) langsung dari Ozil.

Akhbar Turki itu percaya bahawa komen yang didakwa dari Ozil ini merupakan petunjuk kuat mengenai keinginannya untuk berpindah ke Fenerbahce.

Laporan Fotomac pada 28 April 2020.

Ozil sebelum ini telah menyatakan Fener adalah pasukan yang disokongnya sejak kecil dan dia ingin meneruskan kariernya di kelab Turki itu suatu hari nanti.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemain Arsenal ini kembali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Istanbul.

Advertisement

Kontrak Ozil bersama Arsenal akan berakhir pada akhir Jun 2021 dan tidak mungkin dia akan melanjutkannya.

Dakwaan dari Turki ini boleh dipersoalkan, dengan gaji tinggi diterima Ozil dan menyedari kewangan Fenerbahce, adalah sukar untuk mereka menawarkan gaji tersebut kepadanya, walaupun untuk menyamai separuh dari apa yang diperolehi perancang Arsenal ini sekarang di Emirates.

Advertisement