Connect with us

Manchester United

Timothy Fosu-Mensah sambung kontrak setahun bersama Manchester United

Published

on

Manchester United telah menggunakan pilihan tambahan setahun dalam kontrak Timothy Fosu-Mensah.

Ini bermakna pemain pertahanan warganegara Belanda ini akan kekal di Old Trafford sekurangnya 12 bulan.

Kontrak asalnya akan tamat pada hujung musim ini, tetapi United telah membuat keputusan untuk melanjutkan kontraknya.

Advertisement

Bekas pemain akademi Ajax Amsterdam ini tidak membuat penampilan skuad utama sejak perlawanan terakhir kempen 2016/17 tetapi penyambungan kontrak ini menunjukkan keputusan yang sama dilakukan oleh Manchester United seperti yang berlaku dalam kes Eric Bailly dan Nemanja Matic.

Selain United, Fosu-Mensah pernah dipinjamkan ke Crystal Palace dan Fulham di mana dia mengalami kecederaan lutut yang serius yang telah menyebabkan dia tidak dapat bermain hampir setahun.

Timothy Fosu-Mensah, 22 tahun berpindah ke England pada 2014.

Setakat ini, pemain berusia 22 tahun ini sudah membuat 45 penampilan PL sejak penampilan pertamanya ketika menentang Arsenal pada Februari 2016.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply