Connect with us

Arsenal

Tingkah laku menyebabkan pemain Brazil gagal ditandatangani Arsenal.

Published

on

Denilson bukanlah pilihan utama Wenger ketika beliau menandatangani pemain Brazil ketika itu.

Bekas pemain Arsenal mendedahkan di mana ‘tingkah laku’ pemain menyebabkan rancangan perpindahan ke Arsenal menemui kegagalan.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Denilson yang bercakap mengenai masanya bersama The Gunners.

Pemain tengah Brazil, Denilson baru berusia 18 tahun ketika menandatangani kontrak bersama Arsenal pada 2006.

Remaja itu telah membuat beberapa penampilan untuk Sao Paulo dan tiba-tiba menjadi subjek perpindahan besar ke The Gunners pada musim panas 2006.

Advertisement

Perincian kisah ini telah diceritakan dalam sembang secara live Instagram Denilson kepada Bate Bola Inglês pada hujung minggu lalu.

“Pada masa itu, kami bermain Piala Dunia U17, kami kalah di final kepada Mexico.

“Wenger melihat video saya dan menyukainya.

“Saya melalui pengalaman ini dan ia masih segar dalam ingatan saya, ”kata Denilson (dipetik dari ESPN Brazil).

Advertisement

Namun Denilson mendakwa dia tidak seharusnya menjadi pemain yang ditandatangani Arsenal.

Dia bukanlah pilihan pertama Arsene Wenger ketika itu.

Ada pemain lain yang lebih mengagumkan Wenger berbanding dirinya.

Bagaimanapun terdapat perkara yang menghalang The Gunners daripada meneruskan hasrat untuk melengkapkan perpindahan pemain tersebut.

Advertisement

“Saya tidak sepatutnya pergi ke [menyertai] Arsenal.

“Sepatutnya Ramon, yang bermain untuk Atlético-MG.

“Seorang remaja dengan memiliki kualiti tinggi.

“Wenger mencadangkan untuk menggunakan pasukan U16, U17 dan membuat beberapa aksi persahabatan di sana.

Advertisement

“Ramon menamatkan latihan. Dia menjaringkan empat gol untuk Atlético-MG yang mengalahkan pasukan akademi Arsenal dengan keputusan lima kosong.

“Dan dia akan menandatangani kontrak bersama Arsenal.

“Namun, apa yang saya diberitahu adalah bahawa tingkah lakunya menyebabkan Arsenal menghentikan perbincangan dan kontrak itu.”

“Ketika saya tiba di kelab. Saya disambut oleh Arsene Wenger, Gilberto dan Henry.

Advertisement

“Ketika saya melihat mereka, saya bagaikan tidak percaya saya berada disana.

“Ini adalah keadaan yang tidak dapat anda bayangkan.

“Saya melihat pemain-pemain tersebut bermain di televisyen, Invincibles.

“Saya bermain permainan video dengan [menggunakan] mereka dan apabila anda bersemuka dengan mereka, ianya terlalu sukar untuk dibayangkan, terlalu banyak.

“Ia adalah struktur lain, tahap lain. Ini dunia lain. Kaki menjadi begitu lemah. “

Advertisement

“Arsene Wenger tidak suka membeli pemain bintang.

“Beliau akan membuat [mencipta] bintang di kelab.

“Dia jurulatih terbaik yang pernah menguruskan Arsenal.

“Saya tidak melihat Arsene Wenger ketinggalan zaman [outdated].

Advertisement

“Saya hanya boleh mengatakan perkara yang baik mengenainya.

“Dia bertaruh dan mempercayai hasil kerja saya.

“Dia selalu memanggil saya ke biliknya untuk mengetahui bagaimana keadaan saya.

“Dia tahu bahawa saya bersendirian.

Advertisement

“Sebagai seorang dan sebagai profesional, dia adalah jurulatih terbaik yang pernah saya miliki. “

Denilson mendakwa dia tidak lagi menonton perlawanan Arsenal sehinggakan dia tidak terlalu merasai kehilangan terhadap The Gunners.

Ini kerana beliau jelas menyesal meninggalkan Arsenal terlalu awal dalam kariernya.

Itulah sebabnya dia tidak melihat [menyedari] pemain-pemain seperti Gabriel Martinelli bersinar untuk The Gunners.

“Saya tidak menonton, jadi saya tidak terkenangkan nostalgia, kenangan, tentang perkara baik dan buruk.

Advertisement

“Saya sepatutnya tinggal di Arsenal lebih lama.

“Mungkin jika saya mempunyai sedikit kesabaran.

“Saya akhirnya membuat keputusan ini dan kembali ke Brazil.

“Saya cuba menonton, hanya menyaksikan perlawanan Barcelona di Eropah.”

Advertisement
Kata-kata Arsene Wenger mengenai Denilson.

Denilson bermain untuk Arsenal antara 2006 dan 2011, dengan 10 gol dalam 153 penampilan untuk kelab.

Denilson meminta perpindahan beliau ke Sao Paula bertukar penjadi perpindahan tetap pada 2013.

Pada tahun 2011, dia dipinjamkan kembali ke Sao Paulo selama dua tahun, dengan perpindahan itu menjadi tetap pada tahun 2013.

Dia kemudian bermain untuk Al Wahda, Cruzeiro dan pasukan bukan liga Botafogo-SP.

Sekarang dia tanpa kelab, tetapi mengaku bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya.

“Kudrat dan fizikal saya masih mampu beraksi, sebagaimana diperkatakan oleh keluarga saya di Paraíba.

“Saya masih berusia 32 tahun dan saya berhasrat untuk bermain selama lima tahun lagi.

Advertisement

“Saya tanpa kelab, menjaga kecergasan saya di rumah jadi apabila kelab berminat muncul dan dipersetujui kedua-dua belah pihak, maka saya sedia untuk kembali ke arena. “

Pada 31 Ogos 2006, Denílson menyertai Arsenal dengan bayaran perpindahan berjumlah £ 3.4 juta, memilih No. 15 sebagai nombor jersinya.