Torreira ‘sering menghantar isyarat positif’ mengenai perpindahan keluar.

Kelab hanya ‘menunggu masa yang tepat’ untuk bertindak.

Sekiranya gagal pada kali pertama, cuba lagi dan terus mencuba.

Itu adalah motto yang digunakan oleh kebanyakan orang untuk terus berjuang dalam hidup dan itulah yang terjadi dalam kes Milan terhadap pemain Arsenal.

Mereka dilaporkan sedia untuk kembali ke Arsenal, mencuba untuk membeli Lucas Torreira sekali lagi.

Sekurang-kurangnya, itulah yang apa dilaporkan oleh Corriere dello Sport pada hari Isnin, mengingatkan pembaca mereka mengenai percubaan yang gagal pada musim panas lalu walaupun keinginan pemain Uruguay itu untuk berpindah dikatakan positif.

Laporan Corriere dello Sport semalam, 6 April 2020.

Akhbar Itali itu menjelaskan dimana Torreira melalui ejennya, ‘sering menghantar isyarat positif ke Milan’, dan sangat ‘menghargai’ untuk kembali ke Itali, di mana dia mula-mula mencipta namanya di Sampdoria.

Milan, sebaliknya pula ‘tidak berhenti menunjukkan minat’ terhadap Torreira dan mengekalkan hubungan baik dengan wakilnya untuk sentiasa mendapat perkembangan terkini.

Itu kerana pemain tengah Arsenal itu ‘memenuhi keperluan projek [Ivan] Gazidis’, yang mahu membina sebuah pasukan muda dengan memberi tumpuan kepada pemain muda yang sudah mempunyai pengalaman antarabangsa.

Corriere dello Sport percaya pasukan Serie A itu hanya ‘menunggu masa yang tepat untuk muncul di London bagi mengetuk pintu Arsenal sekali lagi’, untuk masuk ke dalam rundingan bagi mendapatkan pemain itu.

Nilai pasaran ataupun harga Torreira mungkin menjadi masalah dengan € 40 juta merupakan nilai yang amat besar untuk Milan, yang mana mereka perlu menjual beberapa pemain sedia ada terlebih dahulu sebelum memenuhi permintaan tersebut.

Dua pemain boleh menjadi ‘mangsa’ Milan iaitu Franck Kessié dan Lucas Paquetà, dimana kedua-dua mereka merupakan subjek yang berjaya menarik minat dari luar negara dan jualannya boleh membantu untuk membiayai urusan perpindahan Lucas Torreira.

Franck Kessié, 23 tahun bermain pada posisi central midfield.
Lucas Paquetà, 22 tahun beraksi pada posisi attacking midfield.

Strategi sudah ada di sana dan sekarang mereka hanya perlu melaksanakannya, selain menunggu waktu yang sesuai dan tepat.

Mampukah Arsenal mengekalkan Torreira ataupun adakah pemain kebangsaan Uruguay itu sebenarnya berada dalam perancangan Mikel Arteta?

Rekod penampilan Torreira bersama Arsenal musim ini.

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 24 1 1 1370′
Europa League 6 344′
EFL Cup 2 1 162′
FA Cup 1 16′
JUMLAH 33 2 1 1,892′
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment