Vela akui tidak bersedia sertai Arsenal.

Pemain penyerang itu mengakui bahawa dia ‘belum bersedia’ untuk berpindah ke Arsenal, dedahkan pemain yang paling banyak membantunya.

Bekas pemain muda Arsenal, Carlos Vela telah mengakui bahawa beliau ‘tidak bersedia’ untuk berpindah dan menyertai The Gunners ketika dia tiba di Utara London pada usia 16 tahun, ketika itu.

Vela menandatangani kontrak bersama The Gunners dalam perpindahan £2.7 juta dari Deportivo Guadalajara pada tahun 2006 dan menghabiskan enam tahun di Emirates.

Sebelum menyertai Arsenal, beliau telah menarik perhatian beberapa kelab Eropah dan akhirnya Arsenal memenangi perlumbaan untuk mendapatkan tandatangannya pada bulan November 2005 dengan perjanjian lima tahun.

Pun begitu, kerana sekatan permit kerja Inggeris untuk warganegara bukan EU, menghalangnya dari bermain di England ketika itu.

Dan itu menyebabkan Arsenal dengan segera meminjamkannya ke kelab Sepanyol, Celta de Vigo pada Februari 2006, tetapi beliau segera dipulangkan tanpa sebarang penampilan yang dibuatnya beliau bersama kelab tersebut.

Sepanjang tempoh beliau bersama Arsenal, dia tidaklah begitu selesa walaupun berada di antara pemain yang mempunyai masa depan yang cerah dan merupakan prospek muda The Gunners yang paling menarik.

Beliau gagal untuk memainkan peranannya di awal penampilan ketika di bawah kendalian Arsene Wenger ketika itu.

Akhirnya beliau berpindah dan menyertai Real Sociedad dalam perpindahan yang bernilai £12.6 juta pada tahun 2012, setelah menghabiskan beberapa tahun selaku pemain pinjaman.

Vela menjadi milik Arsenal dari 2005–2012

Sejak pemergiannya, beliau akhirnya berjaya merealisasikan potensinya, menjaringkan 73 gol dan 44 bantuan gol dalam 250 perlawanan untuk Real Sociedad sebelum menyertai Los Angeles FC pada 1 Januari 2018.

Bersama kelab bolasepak Amerika itu, beliau berjaya menjaringkan 57 gol dan menghasilkan 23 bantuan gol dalam 71 perlawanan.

Carlos Vela dari LAFC dinobatkan selaku MVP dalam saingan MLS setelah menjaringkan 34 gol dalam musim 2019.

Jumlah jaringan dan bantuan gol yang dihasilkan beliau itu menimbulkan banyak persoalan bagaimana dan mengapa dia bergelut ketika berada bersama Arsenal.

Namun dalam satu temubual, Vela mengatakan bahawa tempoh beliau bersama Arsenal ketika itu adalah terlalu awal dan terburu-buru.

“Sebelum Piala Dunia 2005 (U17), saya masih muda, seorang yang mengejar impiannya untuk bermain di Division Pertama Mexico dan melakukan sesuatu yang baik dalam bolasepak,” katanya kepada podcast Inside LAFC, yang disiarkan oleh Medio Tempo.

“Tetapi selepas itu, saya pergi ke London, untuk menyertai Arsenal.

“Saya tidak bersedia untuk itu, semuanya terlalu pantas, dan saya sangat muda.

“Ia adalah saat yang sangat sukar bagi saya.

“Saya tidak akan mengatakan bahawa ia adalah satu tekanan yang besar, tetapi secara mental, anda tidak begitu bersedia.

“Ini adalah saat yang sukar kerana anda memerlukan masa untuk memproses semuanya, untuk menyesuaikan diri dan untuk menjadi normal kembali.

“Tahun pertama sukar untuk menjadi diri sendiri, menikmati hidup dan bermain, untuk menjadi normal.

“Tetapi ketika anda mulai merasakan bahawa anda adalah yang terbaik dan anda dapat melakukan segala-galanya, dan tiada sesiapa yang dapat menegur anda, itu adalah kesalahan pertama yang saya buat.

“Selama bertahun-tahun, saya adalah orang yang lebih baik dan pemain yang lebih baik.”

Antara kesukaran buat Vela ketika itu ialah, dimana dia tiba di Arsenal sebagai seorang pemuda yang belum fasih berbahasa Inggeris.

Menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang cukup baru menjadi begitu sukar buatnya, lebih-lebih lagi beliau juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan rakan sepasukan.

Pada masa itu hanya ada dua orang pemain sahaja yang mampu bertutur dalam bahasa Sepanyol bagi skuad senior Arsenal, Cesc Fabregas dan Manuel Almunia.

Dan Vela mengatakan bahawa ia adalah bekas pemain Arsenal itu yang benar-benar membantunya.

“Ramai orang cuba bercakap dengan saya,” tambahnya.

“Mereka berusaha menjadikan anda seorang insan dan pemain yang lebih baik.

” Antara mereka yang selalu bersama saya ialah Fabregas.

“Dia bercakap bahasa yang sama menjadikan lebih mudah bagi saya.

“Dia selalu memberitahu saya perkara yang betul, memperkenalkan saya dengan kehidupan di London.

“Budaya itu sukar bagi saya kerana: ‘Apa yang saya lakukan di sini?’ – Dia mengajar saya banyak perkara.”

Fabregas banyak membantu Vela ketika berada di Arsenal.

Rekod mewakili kelab:

Musim Kelab
Penampilan
Jaringan
2005–2012 Arsenal 29 3
2005–2006 → Celta Vigo (dipinjamkan) 0 0
2006–2007 → Salamanca (dipinjamkan) 31 8
2007–2008 → Osasuna (dipinjamkan) 33 3
2010–2011 → West Bromwich Albion (dipinjamkan) 8 2
2011–2012 → Real Sociedad (dipinjamkan) 35 12
2012–2017 Real Sociedad 184 54
2018– Los Angeles FC 61 50
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment