Zlatan Ibrahimovic sambung berlatih bersama Hammarby

Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic kini sedang menjalani sesi latihan bersama Hammarby selepas kembali ke negara asalnya ketika pandemik virus corona.

Penyerang AC Milan ini dibenarkan untuk meninggalkan Itali untuk kembali ke kelab miliknya (dia membeli 25 peratus saham pemilikan Hammarby) kerana krisis kesihatan dunia ini.

Ibrahimovic telah berjumpa dengan beberapa pemain skuad utama pada hari Khamis lepas dan pengurus pasukan Jespen Jansson mengalu-alukan kehadiran pemain berusia 38 tahun itu untuk berlatih bersama mereka.

“Zlatan telah berada di rumahnya bersama keluarga di Stockholm dalam tempoh krisis ini, dan dia berasa mahu kembali menendang bolasepak,” Jansson memberitahu laman sesawang rasmi kelab.

“Sudah tentu kami positif mengenainya, jadi dia berada di sini dan berlatih.

“Kami melakukan sesi latihan secara sukarela dalam tempoh ini, dan akan memulakan kembali sesi latihan kolektif pada hari Isnin.

“Zlatan dialukan-alukan untuk berlatih bersama kami, tetapi kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti.”

Zlatan Ibrahimovic dalam sesi latihan Hammarby

Setakat ini Sweden tidak mahu membuat langkah lockdown, walaupun jumlah kes virus corona hampir mencecah 10,000 – dengan 793 kematian. Perjumpaan sehingga 50 orang masih dibenarkan dan kebanyakan bar dan restoran masih lagi dibuka.

Be the first to comment