22% pemain kemurungan atau kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri – PFA

Football

Professional Footballer’s Association (PFA) telah menjalankan satu kaji selidik bagi mengetahui impak krisis pandemik virus corona terhadap pemain-pemain bola sepak profesional di England.

Hampir suku daripada kumpulan pemain dan bekas pemain profesional yang telah menjawab soalan kaji selidik ini mengatakan mereka dalam keadaan kemurungan atau pernah berkira-kira untuk mencederakan diri sendiri.

PFA telah bercakap dengan 262 ahli sejak pertengahan April sehingga pertengahan May untuk mengetahui impak krisis ini terhadap mereka.

Pengarah Kebajikan Pemain PFA Michael Bennett

Dan telah didapati 57 individu atau 22% berasa tertekan atau pernah berkira-kira untuk mencederakan diri sendiri.

6% daripadanya adalah pemain yang masih aktif.

Data tersebut menunjukkan 182 dari 262 (69%) risau mengenai karier masa depan bola sepak mereka atau kehidupan, manakala 72% sentiasa menyedari perasaan cemas atau bimbang.

Kaji selidik itu juga menunjukkan 24 individu (9%) mengalami kesukaran dengan tabiat ketagihan yang boleh merosakkan mereka.

Pengarah Kebajikan Pemain PFA Michael Bennett berkata: ‘Untuk pemain sekarang ini memang ada hakikat tidak mempunyai struktur.

“Mereka tidak tahu jika mereka akan kembali ke bola sepak, mereka tidak tahu jika musim bola sepak akan bermula kembali, mereka tidak pasti apakah yang sedang berlaku.

“Terdapat situasi kewangan dengan pemain yang tidak menerima bayaran gaji daripada kelab, juga penangguhan gaji.

“Kami mempunyai sejumlah pemain yang menjalani kehidupan bergantung dengan cek gaji demi cek gaji dan ini memberikan impak sebenar secara emosi kepada mereka.

“Juga isu kesihatan – jika kita kembali ke musim ini, adakah ia berkesan? Adakah benar ia akan berkesan? Bagaimana dengan keluarga saya? Semua jenis ‘apakah’? Soalan demi soalan hadir.

“Dari bekas pemain, persoalan mereka adalah mengenai pekerjaan. Kebanyakan mereka adalah bekerja sendiri, jurulatih, pemandu teksi dan yang lain-lain seperti itu.

“Mereka mengalami isu emosi kerana impak kewangan kerana mereka tidak boleh bekerja.

“Dari situ kamu boleh berasa tertekan, gelisah, dan kemurungan.”

Dari kumpulan kaji selidik, 177 memerlukan bantuan penuh, pendidikan dan karier dan servis pekerjaan/kontrak.

32 dari 177 telah memohon peluang untuk bercakap secara terus dengan kaunselor atau pakar terapi dan telah dihubungi secara langsung, dengan syarat mereka membenarkan hubungan.

Kebajikan PFA telah menyalurkan lagi 100% dana kebajikan pada April berbanding Mac sebagai tindak balas terhadap krisis COVID-19.

Be the first to comment