AC Milan dahaga khidmat pemain muda Sporting Lisbon

Sporting Lisbon
Eduardo Quaresma

Kelab Serie A Itali itu telah membuat tawaran untuk menandatangani Eduardo Quaresma, tetapi telah ditolak oleh kelab Portugal itu.

Menurut laporan A Bola, Milan telah menghantar beberapa pencari bakat ke Portugal pada bulan Mac sebelum penggantungan musim bolasepak, dan salah seorang pemain yang menarik perhatian mereka adalah Quaresma.

Malah dia telah membuatkan kelab yang digelar Rossoneri itu membuat tawaran €10juta di mana telah ditolak kerana Sporting tidak berminat untuk menjual pemain ‘permata’ mereka.

Quaresma juga tiada niat untuk mendengar tawaran-tawaran dari luar buat masa ini.

Dia mahu memantapkan dirinya di Portugal sbelum memikirkan perpindahan ke tempat lain, tetapi dengan kontraknya yang akan luput pada Jun 2021 telah menarik perhatian Milan, Inter, Atletico Madrid, dan RB Leipzig.

Walaupun begitu, pemain berusia 18 tahun ini pasti menandatangani kontrak baru lanjutan sehingga Jun 2025.

Pemain pertahanan tengah ini masih belum membuat penampilan skuad utama, namun peluangnya semakin dekat setelah kerap diturun [23 penampilan] dalam skuad bawah 23 tahun Sporting.

Di peringkat antarabangsa tahun lepas, dia telah mengetuai pasukan bawah 17 tahun Portugal yang mara sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan Eropah bawah 17 tahun di Republik Ireland.

Be the first to comment