Aksi Bundesliga jadi tumpuan minggu ini.

Bolasepak Jerman akan menjadi perhatian global hujung minggu ini ketika penonton dahagakan aksi secara langsung selepas ia akan menjadi satu-satunya liga utama Eropah kembali beraksi.

Ketika Liga Perdana, La Liga Sepanyol dan Serie A di Itali masih diketepikan kerana pandemik COVID-19, Bundesliga akan ke pentas utama Sabtu ini.

Kredit info grafik : AFP

Bundesliga kembali pada hari Sabtu ini di stadium kosong, tetapi peminat Jerman diberi amaran untuk menjauhkan diri dan pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa perlawanan boleh dihentikan jika terlalu ramai penyokong berkumpul di luar stadium.

Bolasepak Jerman akan menerajui liga teratas Eropah dengan menyambung semula setelah hampir dua bulan dihentikan ekoran penyebaran coronavirus, tetapi strateginya penuh dengan risiko.

Di negara yang menggilai bolasepak dengan rata-rata kehadiran tertinggi di dunia, adakah penyokong dapat menjauhkan diri dari stadium?

Di Saxony, di mana RB Leipzig yang menduduki tangga ketiga akan menjadi tuan rumah kepada Freiburg pada hari Sabtu petang dan Menteri Dalam Negeri, Roland Woeller telah mengeluarkan amaran jelas.

“Peminat tidak boleh menggunakan perlawanan yang diadakan secara tertutup sebagai alasan untuk berkumpul di hadapan stadium atau tempat lain,” katanya.

“Ini dapat menyebabkan pertandingan dihentikan.”

Di bawah peraturan liga Jerman yang ditetapkan untuk menyambung kembali aksi musim ini, pasukan tuan rumah bertanggungjawab untuk memastikan peminat tidak berusaha mendekati stadium untuk menyokong pasukan mereka.

Bagaimanapun aksi Bundesliga ini dapat ditonton secara langsung (walaupun diadakan secara tertutup) dengan ianya mampu di tonton secara global.

BT Sport mempunyai hak untuk menyiarkan semua perlawanan Bundesliga di UK.

Biasanya terdapat lima atau enam slot waktu yang berasingan pada hujung minggu, dengan perlawanan malam Jumaat, Sabtu dan petang Ahad serta beberapa perlawanan pada malam Isnin.

Selain UK, sudah pasti beberapa negara lain juga mahu melihatkan aksi bolasepak selepas sepi selama dua bulan.

Dan untuk negara kita, Unifi melalui saluran FOX Sports HD mungkin akan menayangkan perlawanan ini secara langsung.

Kita tunggu dan lihat.

Jadual Perlawanan

Saturday 16 May

Augsburg v Wolfsburg

Borussia Dortmund v Schalke

Eintracht Frankfurt v Borussia Monchengladbach

Fortuna Dusseldorf v Paderborn

Hoffenheim v Hertha Berlin

RB Leipzig v Freiburg

Sunday 17 May

Cologne v Mainz

Union Berlin v Bayern Munich

Monday 18 May

Werder Bremen v Bayer Leverkusen

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply