
10 pemain positif Covid-19, menjelang penyambungan semula aksi liga 16 Mei ini.
Seluruh skuad Dynamo Dresden dikuarantin 14 hari bermula semalam, seminggu sebelum musim Bundesliga dijadualkan bersambung, selepas kelab berkenaan melaporkan dua kes baharu COVID-19.

Keputusan itu bermakna Dynamo, yang menghuni tangga tercorot divisyen dua, tidak dapat bertemu Hanover minggu depan.
Ia berlaku selepas tiga hari Canselor Angela Merkel memberi lampu hijau kepada Liga Bolasepak Jerman (DFL) untuk meneruskan saingan pada 16 Mei selepas tertangguh lebih dua bulan.

“Beberapa minggu lalu, kami berusaha keras, baik dalam soal kakitangan atau logistik, untuk mengikut segala langkah keselamatan dan kebersihan.
“Kami berhubung dengan pihak berkuasa dan DFL.
“Bagaimanapun kami tidak dapat beraksi dalam tempoh 14 hari ini,” kata pengarah sukan Dresden Ralf Minge.
Selain pemain, Dresden turut mengasingkan barisan jurulatih dan kakitangan penyeliaan mereka.
Dynamo Dresden's entire squad have been put in isolation for two weeks – just a week before the Bundesliga restart.
— BBC Sport (@BBCSport) May 9, 2020
In full: https://t.co/dWz9Ok5oGR pic.twitter.com/OhC7ImhWdk
Bundesliga bakal menjadi liga Eropah pertama menyambung kembali saingan sejak penangguhan saingan di seluruh dunia akibat COVID-19.
Bagaimanapun perlawanan akan diadakan tanpa penonton dan hanya 300 orang termasuk kedua-dua pasukan, dibenarkan berada dalam satu-satu perlawanan.

Setakat Khamis lalu, terdapat 10 kes positif dalam kalangan pemain dan kakitangan 36 kelab di Jerman ketika saringan pertama dan dua kes lagi pada saringan kedua.
“We are in contact with the responsible health authority and the DFL (German Football League) to coordinate all further steps.” — BBC
