Alex Song sertai Barcelona hanya kerana wang

Barcelona
Alex Song

Bekas pemain tengah Arsenal ini mendedahkan faktor sebenar perpindahannya ke Nou Camp pada 2012.

Dia telah diberikan peluang untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu selepas lapan tahun (2005 – 2012) karier di Arsenal.

Dia mendedahkan Barcelona sudah memberitahunya dia tidak akan banyak bermain bila menyertai Barcelona, namun dia tidak mempedulikan semua itu kerana dia bersetuju dengan kontrak besar yang ditawarkan oleh mereka.

Barca membayar £15juta kepada Arsenal, tetapi Song lebih risau mengenai kenaikan gaji yang akan diterimanya dalam persekitaran serba baharu.

Alex Song dalam sidang media memperkenal dirinya sebagai pemain Bacelona

Kenaikan gaji itu sudah memadai untuknya membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal, walau terpaksa menghadapi persaingan sengit di Sepanyol dan hanya beberapa kali membuat permulaan permainan dalam 65 penampilan untuk the Blaugrana.

“Apabila FC Barcelona menawarkan kontrak kepada saya dan saya melihat berapa banyak yang akan saya perolehi, saya tidak berfikir panjang mengenainya,” Song memberitahu pemain bola keranjang profesional juga rakan senegaranya Pascal Siakam dalam sesi siaran langsung Instagram.

“Saya fikir isteri dan anak saya akan hidup selesa. Saya berjumpa dengan Pengarah Sukan dan dia berkata saya tidak akan banyak bermain, tetapi saya tidak mempedulikannya.

“Saya akan menjadi seorang jutawan.”

Kereta terbukti menjadi tema dalam karier Song, dengan pemain berusia 32 tahun ini mendedahkan dia akan memastikan dia memperbaharui keretanya apabila mengetahui kenderaan yang dipandu oleh Thierry Henry ketika tiba di Stadium Emirates pada 2006.

“Saya hadir ke sesi latihan [di Arsenal] dan melihat Thierry Henry datang dengan kereta yang hebat.

“Saya memberitahu diri saya yang saya mahukan kereta yang sama juga. Saya berjumpa dengan penjual kereta dan membeli kereta jenama yang sama,” kata Song.

“Tetapi saya perlu menjualnya semula selepas dua bulan kerana semua wang saya dihabiskan pada petrol.”

Song, yang baru sahaja ditamatkan kontrak oleh FC Sion, membuat 215 penampilan untuk the Gunners, menjaringkan 10 gol dan membuat 23 assist, membuat keputusan untuk kembali ke aksi bolasepak Inggeris dengan menyertai West Ham United.

Walaupun kurang minit permainan bersama Barca, dia tetap berjaya mendapat medal juara memenangi La Liga dan Piala Super Sepanyol sepanjang masanya di Sepanyol.

Di awal kariernya di Arsenal, dia merupakan salah seorang pemain harapan Arsene Wenger untuk membentuk satu skuad muda yang hebat bersama-sama-sama Cesc Fabregas, Theo Walcott dan lain-lain, namun tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Song juga selalu dikritik mengenai kelakuannya di luar padang, dan dia tidak menafikan perkara ini.

“Saya menghabiskan lapan tahun di Arsenal, tetapi tidak sehingga empat tahun terakhir saya yang saya boleh katakan saya mula menikmati kehidupan lebih baik, kerana gaji saya dinaikkan sewajarnya.

“Saya menghabiskan banyak duit, saya nikmati makan malam mahal, jelajah dan percutian, dan sepanjang lapan tahun tersebut saya langusng tidak dapat menyimpan walau 100,000 pounds dalam akaun bank saya.

“Saya fikirkan saya seorang jutawan tetapi tidak secara realiti, saya membuat £15,000 seminggu.” tambahnya lagi.

Be the first to comment