Amat kejam jika Liverpool tidak dinobatkan juara liga.

Situasi Liga Perdana Inggeris musim ini masih samar.

Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris, percaya adalah ‘kejam’ jika Liverpool dinafikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana pandemik Covid-19.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mendahului 25 mata di puncak liga apabila saingan musim ini ditangguhkan sejak Mac lalu berikutan wabak itu.

Masih belum dapat dilihat bila atau adakah kempen Liga Perdana akan bersambung dengan laporan baru-baru ini mencadangkan ia dapat diteruskan Jun ini.

Lloris, yang menyaksikan Spurs menduduki tangga kelapan liga, mahukan musim ini disudahkan sambil mengatakan ia mungkin sangat kejam bagi Liverpool.

“Kami dalam situasi yang menyaksikan semua orang mahu menamatkan dan meraih keputusan di atas padang,” katanya.

“Ia sangat teruk sekiranya semuanya ditamatkan dengan baki sembilan perlawanan.

“Ia juga kejam buat Liverpool atas kelebihan mata yang mereka miliki. Mereka menghampiri kejuaraan.

“Seperti semua orang, akan timbul perasaan bahawa ada urusan yang masih tergantung.

“Di samping itu, kami sepatutnya sedang memasuki tempoh yang menggembirakan musim ini.”

Liverpool menjuarai Piala Liga Perdana Asia di Hong Kong tahun 2017. Sumber : This is Anfield

Jika Liga Perdana musim ini bersambung semula, perlawanan hampir pasti diadakan tanpa kehadiran peminat berikutan Covid-19 yang menyebabkan lebih 248,000 kematian di seluruh dunia.

Jumlah kes dilaporkan di UK.
About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment