Connect with us

Juventus

Andre Barzagli meninggalkan peranan jurulatih di Juventus

Published

on

Juventus

Bekas pemain pertahanan Juventus Andrea Barzagli telah membuat keputusan mengejut dengan meletak jawatannya sebagai jurulatih kelab.

Dia telah meninggalkan jawatan jurulatih bersama penyandang juara Serie A itu selepas tidak hampir setahun pun.

Bekas pemain antarabangsa Itali ini mengatakan di akaun Instagram miliknya, yang dia meninggalkan kelab atas sebab peribadi dan bukan mencari pekerjaan lain dalam bolasepak.

Advertisement

Barzagli mengatakan dia mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarganya selepas bertahun sebagai seorang pemain bolasepak profesional sebelum beralih ke kejurulatihan, dan dia mengatakan dia berpisah dengan Juventus dalam keadaan baik.

Dia menulis: “Saya membuat keputusan hidup saya. Keputusan dari hati! Saya rasa saya perlu hidup lebih bersama keluarga saya, yang secara senyap selama ini, menyokong dan menemani pilihan profesional saya.

“Saya membuat keputusan untuk fokus ke atas mereka pada hari ini, walaupun keluarga lain, Juventus, yang saya sentiasa dikaitkan dan selamanya bersyukur – tetapi ia adalah hak untuk memilih.

“Fikiran saya adalah kepada mereka yang sentiasa menunjuk kepada saya penghormatan tinggi dan penuh profesional dan pendekatan kemanusiaan. Presiden, jurulatih, Fabio [Paratici, Pengarah Sukan Juventus] dan Pavel [Nedved, naib presiden kelab]. Tokoh-tokoh yang telah menyumbang kepada perkembangan saya dan berjalan bersama saya dengan budi bahasa dan persahabatan.

Advertisement

“Terima kasih kepada semua. Para peminat, profesional-profesional yang bekerja setiap hari untuk menjadikan Juventus seperti hari ini! Saya menyimpulkan semuanya dalam satu yang besar dan gergasi ‘Forza Juventus!”

Pengurus kelab Maurizio Sarri akan mula mengendalikan sesi latihan hari ini buat pertama kali sejak kelab kembali beraksi berikutan pandemik virus corona, namun dia perlu melakukannya tanpa bantuan Barzagli. Ia sudah dijangkakan kerana Barzagli seudah memberikan notis lebih awal untuk meletakkan jawatan.

Barzagli, yang kini berusia 39 tahun, merupakan ahli pasukan Itali yang menjuarai Piala Dunia 2016, telah menerima peranan jurulatih kelab pada September 2019, selepas bersara pada musim panas sebelum itu mengakhiri 20 tahun karier profesionalnya.

Selain Juventus, dia pernah beraksi bersama AC Firenze Rondinella, Ascoli, Chievo Verona, Palermo, dan Wolfsburg.

Advertisement

Dia menyertai Juve dari kelab Bundesliga itu pada Januari 2011, dan memenangi kejuaraan Serie A pada setiap musim sehingga dia bersara pada hujung musim 2018/19. Dia juga memenangi empat Coppa Italia, dan enam Supercoppa Italia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply