Arsenal akan ambil ‘tindakan serius’ insiden belon Lacazette

Arsenal sedang menyiasat insiden melibatkan Alexandre Lacazette selepas satu video atas talian telah menular menunjukkan penyerang ini menyedut gas dari belon.

Seperti dilaporkan oleh Daily Starvideo tersebut menunjukkan pemain Perancis ini menyedut sesuatu dari belon yang diletakkan di mulutnya ketika perintah berkurung.

“Ini merupakan perkara peribadi yang kami akan ambil secara serius. Ianya akan dikendalikan secara dalaman,” satu bacaan rasmi Arsenal.

Kelab tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lain mengenai isu ini buat masa ini, sementara penyerang itu juga tidak mengeluarkan apa-apa komen mengenainya.

Lacazette bersama-sama beberapa rakan sepasukan kelabnya telah ‘diberikan peringatan mengenai tanggungjawab mereka’ selepas insiden yang lebih kurang sama berlaku pada 2018 di mana gambar sekumpulan pemain sedang menyedut nitrous oxide di sebuah kelab malam di London.

Pemain berusia 28 tahun ini menjaringkan sembilan gol dari 26 perlawanan dalam semua pertandingan sebelum penggantungan musim bolasepak di England akibat pandemik virus akademik.

Be the first to comment