Arsenal beri petunjuk Cazorla akan kembali?

The Gunners bagaikan memberi bayangan bahawa Santi Cazorla akan kembali ke Emirates bergabung dengan Mikel Arteta.

Santi Cazorla telah ‘minta’ untuk bergabung kembali dengan Arsenal untuk menjadi sebahagian daripada staff kejurulatihan di bawah kendalian Mikel Arteta.

Dan sekarang kelab telah mengisyaratkan bahawa beliau mungkin akan kembali ke Emirates.

Semalam Arsenal telah memberi penghormatan kepada bekas pemain tengah Santi Cazorla di media sosial dan itu telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin dapat kembali menjadi The Gunners.

Cazorla, 35, telah membuat 180 penampilan selama enam tahun bersama The Gunners sebelum meninggalkan Emirates pada 2018 setelah kontraknya tidak lagi diperbaharui.

Pemain Sepanyol itu juga telah menjadi pemain utama kelab setelah berpindah dari Malaga pada tahun 2012, tetapi kecederaan Achilles yang mengerikan empat tahun kemudian menyebabkan kariernya di Emirates terganggu.

Cazorla kini bersama Villarreal dan menariknya beliau berjaya mempamerkan aksi serta persembahan yang mengagumkan, bahkan turut mendapat panggilan dari pasukan kebangsaan Sepanyol pada bulan Jun 2019.

Walaupun begitu, perbincangan baru-baru ini muncul mengenai potensi kembalinya beliau ke Arsenal untuk bermain perlawanan terakhir.

Wartawan Sepanyol, Guillem Balague mengatakan di saluran YouTubenya pada bulan Mac: “Sangat menarik kerana saya sudah lama berbicara dengan Santi dan dia belum memperbaharui kontraknya dengan Villarreal yang akan berakhir pada akhir musim ini.

β€œPada dasarnya apa yang mungkin berlaku, dia mahu bermain dua tahun lagi.

Kembali ke Arsenal dengan Arteta adalah sesuatu yang saya rasa dia akan pertimbangkan sebagai jurulatih.

Saya bertanya kepadanya tentang hal itu, dia mengatakan ya, dia akan mempertimbangkan sebagai jurulatih ketika dia akan bersara tetapi dia mahu bermain selama dua tahun lagi.

Saya memberitahu anda, pertama sekali, Mikel Arteta dan Cazorla sama-sama merupakan kawan baik dan mereka juga mempunyai minda bolasepak yang istimewa, yang sangat baik.

Dan sekarang Arsenal telah membuatkan kita semua mengimpikan kembali untuk melihat Cazorla dan Arteta bergabung dengan kicauan yang dibuat di laman sosial Twitter rasmi kelab.

Arsenal telah menyiarkan gambar Cazorla di Emirates dengan kapsyen: β€œSanti. Itu sahaja. Itulah tweet. ” – β€œSanti. That’s it. That’s the tweet.”

Seorang peminat menjawab: “Umumkan kepulangannya. Itu sahaja. Itulah tweet. “

“Bawa dia kembali sudah” kata yang lain.

“Dia akan pulang” tulis peminat optimis ini.

Sementara seseorang hanya berkata: “Pembantu Mikel”.

Cazorla bermain bersama Arteta selama empat tahun di utara London sebelum Arteta menamatkan kariernya pada 2016, serta mereka berdua turut memenangi dua Piala FA bersama.

“Eh Arsenal. ko jangan main-mainkan perasaan kami. Kami rindu tau nak tengok Santi di Emirates, dah la takde perlawanan last untuk dia.” – MyGooners

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment