Connect with us

Arsenal

Arsenal ‘bertarung’ dengan Galatasaray untuk dapatkan Eray Comert

Published

on

FC Basel

Menurut satu laporan, Arsenal perlu bersaing dengan Galatasaray untuk menandatangani Eray Comert.

Pemain pertahanan FC Basel ini mencuri tumpuan musim ini dengan membantu kelab meneruskan cabaran kejuaraan liga Switzerland dan misi suku akhir Europa League, sebelum bolasepak digantung akibat pandemik virus corona.

Dia berjaya membuat 14 clean sheet dalam semua kejohanan musim ini, memastikan bahagian pertahanan pasukan stabil dan mantap, sesuatu yang kurang dimiliki oleh Arsenal dalam beberapa perlawanan musim ini.

Advertisement

Menurut laporan akhbar Turki Fanatik, Arsenal sedang berusaha untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun ini namun mereka perlu menghadap saingan dari Galatasaray.

Ketua Jurulatih kelab Mikel Arteta berazam mahu menambah pilihan pertahanan pada musim panas ini dengan pasukannya kini menduduki tangga kesembilan Premier League (PL) menjelang penyambungan semula sebagai sebahagian daripada Project Restart.

David Luiz, Shkodran Mustafi dan Sokratis Papastathopoulos sudah menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan tengah musim ini namun ketiga-tiga pemain ini terbukti kurang dapat diharapkan dalam situasi tahap tinggi.

Dalam PL sahaja musim ini, Arsenal telah melepaskan 36 gol. Hanya Tottenham dan Chelsea dari kalangan sembilan pasukan teratas liga yang melepaskan lebih banyak gol berbanding Arsenal, namun kedua-dua pasukan ini bermain lebih satu perlawanan.

Advertisement

Comert pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates pada musim panas lepas, semasa Unai Emery masih lagi menjadi pengurus, tetapi dia memilih untuk kekal di Switzerland.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply