
Masa depan pemain ‘tetap terbuka’ musim panas ini.
Arsenal telah ‘menyatakan’ minat mereka untuk menandatangani pemain pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng musim panas ini, tetapi mereka menghadapi saingan dari Chelsea.
Pemain berusia 31 tahun itu memasuki tahun terakhirnya dalam kontrak bersama gergasi Bavaria itu, sejak ia berpindah dari Manchester City pada 2011.

Dia mendapati khidmatnya di kelab telah berkurang dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun dia telah berjaya membuat 25 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.
Spekulasi mengenai masa depannya begitu kuat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, malah persoalan mengenai adakah dia akan menandatangani perjanjian baharu turut mendapat perhatian.
Susulan daripada itu terdapat kepercayaan bahawa dia tidak akan melanjutkan tempohnya di Allianz Arena dan akan mencari kelab baru.

Arsenal adalah kelab yang telah dikaitkan dengannya bersama Chelsea, dan Fussball Transfers mengesahkan bahawa kedua-dua kelab Inggeris itu telah menyatakan ‘minat dan komitmen’ musim panas ini.
Mereka tidak menjelaskan sama ada mana-mana kelab sudah mula bertindak, begitu juga mengenai masa depannya di Bayern yang masih belum dimuktamadkan lagi.
Boateng berjaya memberikan aksi menarik musim ini dan telah mendapat pujian dari pengurus Bayern, Hansi Flick tetapi pada masa yang sama, sekiranya Niklas Sule pulih dari kecederaan dan kembali beraksi maka dia mungkin memikirkan perpindahan keluar.

Begitu juga dengan Bayern, mereka seharusnya mengadakan rundingan perjanjian dengan Dayot Upamecano dari RB Leipzig dan walaupun itu tidak akan dapat diselesaikan hingga tahun 2021, ini juga akan menimbulkan ‘malapetaka’ bagi Boateng.
Oleh itu, masa depannya ‘tetap terbuka’ pada ketika ini tetapi sekiranya dia memutuskan untuk pergi, Arsenal dan Chelsea sedia untuk menyambarnya pada musim panas ini.
