Arsenal dan Everton sama-sama berminat terhadap pemain pertahanan berusia 19 tahun.

‘England atau tidak kemana-mana’ destinasi seterusnya pemain muda itu.

Sama seperti Newcastle yang menggunakan pencari bakat Everton untuk melakukan pekerjaan ‘kotor’ mereka, Arsenal nampaknya melakukan sesuatu yang serupa.

Pun begitu ini hanyalah kebetulan, tetapi kedua-dua The Gunners dan Toffees telah dikaitkan dengan beberapa pemain yang sama sejak akhir-akhir ini, dengan Adrien Rabiot merupakan salah seorang di antara mereka.

Adrien Rabiot dikaitkan dengan perpindahan ke Everton dan juga Arsenal

Pemain Perancis itu kini berada di Juventus, tetapi pasukan Serie A mungkin berminat menjual pemain tersebut sekiranya terdapat mana-mana kelab tampil dengan tawaran menarik dan dengan harga yang tepat.

Rabiot bukanlah satu-satunya yang menarik perhatian duo ini, kerana Wesley Fofana dari AS Saint-Etienne juga berada dalam radar kedua-dua kelab tersebut.

Wesley Fofana, 19 tahun membuat 14 penampilan bersama skuad utama Saint-Étienne dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Pemain pertahanan tengah muda itu telah menjadi salah satu prospek cemerlang di bawah Claude Puel tahun ini dan sama seperti William Saliba sebelumnya, dia kemungkinan akan menuju ke kelab Inggeris.

Namun But! Football Club di Perancis mempunyai laporan eksklusif pada hari Jumaat yang menjelaskan Everton telah bertanyakan tentang Fofana pada bulan Januari dan Arsenal telah turut menyertai The Toffees sejak itu.

Tajuk laporan But! Football Club semalam, 22 Mei 2020.

Walaupun kedua-dua kelab Inggeris tersebut mahukan Fofana, namun pemain itu jelas tidak berminat untuk pergi secara kekal.

Bagaimanapun But! Football Club menjelaskan bahawa pemain berusia 19 tahun itu ingin tinggal di Saint-Etienne sekurang-kurangnya satu tahun lagi sebelum berpindah, terutamanya di bawah pengurus yang telah menunjukkan kepercayaan kepadanya selama beberapa bulan terakhir.

Seandainya dia ingin berpindah, maka kelab Inggeris akan menjadi ‘destinati istimewa’nya.

Lagipun, But! Football Club mengatakan bahawa hanya ‘England atau tidak akan kemana-mana’.

Itu adalah bonus besar untuk Arsenal dan Everton, mungkin peluang untuk melakukan perjanjian seperti Saliba dapat muncul lagi, di mana Fofana kekal tinggal di Perancis selama satu tahun lagi secara pinjaman setelah melengkapkan perpindahan ke kelab baru.

Walaupun ia kelihatan agar sukar dan mustahil untuk berlaku, tetapi perkara tersebut pernah berlaku sebelum ini, jadi ia adalah sesuatu yang tidak harus dibuang sepenuhnya (rumors mengenai Fontana ini).

Fotana, dianggarkan bernilai €5.4 juta dalam pasaran perpindah semasa ketika ini.

William Saliba (kiri) kembali dipinjamkan semusim kepada kelab asalnya, Saint-Etienne selepas melengkapkan perpindahan ke Arsenal pada 25 Julai 2019.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment