Arsenal dan Tottenham Hotspur ‘berminat dengan khidmat’ Gerson

Flamengo
Gerson

Arsenal dan Tottenham Hotspur perlu bersaing sesama sendiri untuk menandatangani pemain tengah Flamengo Gerson.

Menurut bapanya yang juga mewakilinya, Gerson sudah menarik minat beberapa kelab ternama Eropah.

Dan kini dia sudah bersedia mendedahkan beberapa nama kelab tersebut, antaranya adalah Arsenal, dengan Ketua Bolasepak Raul Sanllehi seorang peminat serius anaknya.

Malah Marcos Santos mendedahkan dalam satu temubual bersama Yahoo Sports bahawa Sanllehi cuba untuk menandantangani Gerson semasa dia masih berkhidmat di Barelona, dan pemain itu sudah ‘bersetuju dengan semuanya’ sebelum AS Roma datang dengan tawaran lebih tinggi dan menewaskan mereka.

Gerson menghabiskan tiga tahun (2016 – 2019) di Itali sebelum pulang ke negaranya untuk sertai Flamengo, dan dia berkata dia ‘sangat gembira’.

BIODATA RINGKAS

  • Nama: Gerson Santos da Silva
  • Tarikh lahir: 20 Mei 1997
  • Warganegara: Brazil
  • Posisi: Pemain tengah
  • Kelab sekarang: Flamengo
  • Kelab-kelab sebelum ini: Fluminese, AS Roma , Fiorentina

Selain the Gunners, Tottenham dan Borussia Dortmund adalah dua kelab lain yang memasang minat mereka terhadap anaknya dan dia menegaskan: ‘Terdapat kebenaran dalam setiap yang anda dengari.’

Nice merupakan satu lagi kelab Eropah yang mencuba mendapatkan pemain ini pada musim panas lepas sebelum dia melengkapkan kepulangannya ke Brazil, dan bapanya mengakui perbincangan sudah bermula, dengan yuran perpindahan awalan adalah sebanyak £17.5 juta.

‘Kami sudah melakukan satu rundingan dengan Nice pada tahun lepas, tetapi Gerson baru sahaja tiba di Flamengo,’ katanya.

‘Ideanya ialah untuk membina sejarah di kelab. Kami sentiasa si flamenguistas. Gerson sangat gembira.’

Be the first to comment