
The Gunners dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan pada musim panas nanti.
Laporan sebelum ini mendedahkan dimana Arsenal ingin menandatangani bekas rakan sepasukan Granit Xhaka dari Borussia Monchengladbach, iaitu Nico Elvedi.
Namun kali ini, seorang lagi pemain pertahanan Bundesliga turut dikaitkan dengan Arsenal, malah ia turut melaporkan di mana The Gunners telahpun mengadakan rundingan.
Arsenal dilaporkan telah berhubungan dengan pemain pertahanan Borussia Dortmund, Manuel Akanji menjelang potensi perpindahan pada musim panas ini.
Fussballtransfers (FT) melaporkan bahawa The Gunners berminat dengan pemain berusia 24 tahun itu dan telah mengadakan ‘perbincangan konkrit’ dengannya pada musim panas lalu.
Namun langkah itu menjadi menemui kegagalan kerana Paris Saint Germain menandatangani rakan sepasukannya, Abdou Diallo.

Akanji akhirnya kekal di Dortmund dan telah menjadi pemain kegemaran di bawah kendalian Lucien Favre, tetapi menurut FT, perpindahan masih boleh dilakukan.
Ini kerana, menurut laporan mereka itu, sekiranya ada kelab yang sanggup menawarkan €23-30 juta, Dortmund bersedia untuk berunding dan pengarah Michael Zorc berharap ‘pasaran kelab Inggeris’ akan menjadi tempat dia dapat mencari pembeli untuk pemain pertahanan tersebut.
Arsenal mungkin berada di senarai teratas setelah mencubanya tahun lalu dan mereka juga dilaporkan telah ‘berhubung’ sekali lagi dengan pemain itu pada Januari lalu, dengan tujuan untuk perpindahan musim panas ini.
Akanji dikatakan tersedia ‘di atas meja’ untuk mana-mana kelab berunding mendapatkannya dan itu apa yang difahamkan oleh sumber FT.

Adakah Arsenal dapat membayar harga permintaan Dortmund itu, ia masih boleh dipersoalkan.
Dengan situasi ‘buruk’ melanda ekonomi bolasepak dunia ketika ini, sudah terbukti bahawa kewangan Arsenal jgua turut terjejas.
Itu juga mungkin akan memberikan jumlah perbelanjaan yang terhad kepada Arteta pada musim panas ini dan nilai € 30 juta itu juga adalah harga yang tinggi untuk dibayar, kecuali The Gunners merancang untuk melepaskan (menjual) beberapa pemain sedia ada sebelum melakukan pembelian.
Arsenal ‘mula melihat dengan jelas’ situasi pemain pertahanan Bundesliga https://t.co/DgkRusIzkK
— MyGooners (@MyGooners1886) May 19, 2020