Arsenal
Arsenal hubungi wakil pemain sayap Bundesliga, Diaby.
Published
4 years agoon
The Gunners mempunyai ‘hubungan baik’ dengan ejen pemain.
Salah seorang pemain terbaru yang berjaya di pentas Eropah setelah meninggalkan Paris Saint-Germain adalah Moussa Diaby yang sedang menikmati masa yang indah di Bayer Leverkusen.
Pemain muda Perancis itu telah menjaringkan lima gol dan membantu lapan gol dalam 27 penampilan musim ini serta turut berjaya menempatkan dirinya dalam skuad Perancis U21.
Persembahannya, tentu saja, tidak terlepas dari pandangan dan ketika dikaitkan dengan bakat yang berasal dari Perancis ini, Arsenal selalu berada dalam senarai kelab yang berminat.
Le10 Sport mempunyai kisah dan laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa, mendakwa The Gunners adalah salah satu daripada dua pihak yang berminat terhadap pemain berusia 20 tahun itu.
Kelab satu lagi, tak lain dan tak bukan adalah Borussia Dortmund, yang ingin mencungkil bakat hebat ini dengan harga yang berpatutan dan kemudian menjual dengan keuntungan besar.
Mereka pernah melakukannya dengan Ousmane Dembele dan kelihatan bersedia melakukannya sekali lagi dengan Jadon Sancho dan Erling Haaland (antara lain).
Arsenal dan Dortmund telah menghubungi wakil pemain tersebut ‘untuk meminta maklumat’.
Dan menurut laporan itu, mereka (Le10 Sport) mendakwa bahawa ejen pemain sayap itu mempunyai ‘hubungan yang sangat baik’ dengan The Gunners, yang mana ia mungkin ‘dapat memudahkan urusan perpindahan’ pemain tersebut.
Dibeli dengan harga €15 juta dari Paris Saint-Germain pada musim panas 2019, Diaby akan menelan kos ‘sekurang-kurangnya dua kali ganda’ bagi meyakinkan Leverkusen untuk berpisah dengan bakat muda yang sedang meningkat naik itu.
Dan nilai itu boleh dikatakan sangat berpatutan buat pemain muda yang hebat seperti Diaby.
Pun begitu, kewangan Arsenal pasti menjadi soalan adakah mereka mampu memenuhi nilai tersebut atau tidak, memandangkan wabak coronovirus menjejaskan ekonomi kelab-kelab bolasepak dunia.
Setakat ini, Arsenal banyak dikaitkan dengan pemain-pemain dari kelab Bundesliga walaupun Mislintat tidak lagi bersama The Gunners.
Arsenal ‘mula melihat dengan jelas’ situasi pemain pertahanan Bundesliga https://t.co/DgkRusIzkK— MyGooners (@MyGooners1886) May 19, 2020
Arsenal dilaporkan menghubungi seorang lagi pemain pertahanan Bundesliga. https://t.co/j9y0ptNAO7— MyGooners (@MyGooners1886) May 20, 2020
You must be logged in to post a comment Login