
Pemain berada dalam senarai sasaran The Gunners.
Moussa Dembélé telah mempamerkan aksi yang mengagumkan untuk Lyon musim ini, menjaringkan 22 gol dan menghasilkan tujuh bantuan gol dalam semua pertandingan.
Edisi Jumat, L’Equipe, melaporkan dimana Arsenal telah menghantar pencari bakat (scout) untuk melihat dan memantau perkembangan pemain berusia 23 tahun itu sepanjang kempen musim ini.

Dan ia turut mendakwa The Gunners telah ‘menjaga hubungan’ dengan wakil pemain Perancis itu juga.
La une du journal L’Équipe ce vendredi 29 mai.
— L’ÉQUIPE (@lequipe) May 29, 2020
Le journal > https://t.co/auRNye8Sny pic.twitter.com/2HVlhQH4I2
Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, dua penyerang terkenal di utara London, berjaya menarik perhatian kelab lain dan media Perancis itu menyatakan ‘nama yang akan menghantui’ Arsenal pada jendela perpindahan nanti adalah dari pemain antarabangsa Gabon.

Dengan kontrak Aubameyang akan berakhir pada Jun 2021, tidak jelas adakah bekas bintang Borussia Dortmund itu akan menandatangani perjanjian baharu atau akan meninggalkan Emirates pada musim panas ini.
Sementara Inter Milan telah membuat pertanyaan untuk Lacazette.
Dembélé berada dalam senarai sasaran perpindahan Arsenal, yang mana nilai perpindahannya dianggarkan sekitar € 50 juta.

Namun, tidak pasti sama ada pihak Mikel Arteta akan menandatangani penyerang (seorang atau dua) atau langsung tidak.
Ini kerana semuanya ‘bergantung pada keputusan Aubameyang’.
Sekiranya Arsenal sedia melakukannya (pembelian), maka mereka dapat mengalihkan perhatian kepada Dembélé, tetapi masih menjadi persoalan kerana adalah The Gunners bersedia mengeluarkan belanja setinggi € 50 juta untuknya.