Connect with us

Arsenal

Arsenal ‘mula melihat dengan jelas’ situasi pemain pertahanan Bundesliga

Published

on

Hanya tinggal setahun lagi untuk menamatkan kontraknya bersama kelab Jerman.

Walaupun Arsenal akan menerima kehadiran William Saliba dari Saint-Etienne pada musim panas ini, namun itu masih tidak mencukupi buat The Gunners dan mereka dilaporkan masih berusaha mencari bek tengah baharu dalam mengukuhkan benteng pasukan.

Itulah yang berlegar ketika ini dengan tiupan khabar angin yang mengaitkan Arsenal dengan beberapa pemain pertahanan baharu.

Dan terpulang kepada kita semua untuk mempercayainya atau tidak.

Namun ianya adalah lumrah dunia bolasepak, tanpa rumors ataupun khabar angin maka kurang meriahlah persekitaran bolasepak yang kita cintai.

Advertisement

Walaupun Arsenal masih mampu membeli Pablo Mari dengan klausa pinjamannya membenarkan pihak Arteta bertindak demikian namun desas-desus kuat mengatakan pemain pertahanan baharu dijangka akan tiba di Emirates pada musim panas ini.

Itu pasti menimbulkan persoalan besar mengenai siapakah gerangan pemain tersebut?

Menurut Le10 Sport, salah seorang pemain yang berada dalam senarai teratas yang menjadi sasaran The Gunners adalah pemain Borussia Monchengladbach, iaitu Nico Elvedi.

Nico Elvedi, pertahanan Borussia Monchengladbach berusia 23 tahun.

Buat pengetahuan pembaca, Elvedi merupakan rakan sepasukan Granit Xhaka ketika bersama kelab Jerman itu dan juga ketika kebangsaan Switzeland.

Elveldi menyertai Borussia Monchengladbach pada 2015 dengan yuran perpindahan dipercayai sebanyak €4 juta dan telah berkembang maju dalam beberapa musim terakhir ini.

Dia mempunyai kontrak bersama kelab Jerman itu sehingga 2021 dan musim panas ini boleh menjadi yang terakhir dia bersama Bundesliga.

Advertisement
Nico Elvedi (kiri), Yann Sommer dan Granit Xhaka (kanan), merupakan tiga pemain Borussia Monchengladbach yang dipanggil mewakili Switzerland untuk Kejohanan Euro 2016.

Le10 Sport di Perancis menjelaskan bahawa Gladbach sedia menjual Elvedi sekiranya mereka tidak berjaya menyambung kontraknya dan dua kelab besar Eropah telah ‘mula melihat dengan jelas’ keadaannya dengan Arsenal dan Bayern Munich begitu berminat menandatanganinya.

Tidak banyak yang dikongsi mereka kali ini mengenai pemain pertahanan muda tersebut tetapi mereka menjelaskan kelebihan fizikalnya yang tinggi dan bagus dengan kawalan bola menyebabkan dirinya sesuai dengan apa yang dicari oleh kelab Liga Perdana Inggeris terutamanya Arsenal.

Posisi yang mampu dimainkan Elvedi

Dan jika ada kelab yang menghargai kebolehan teknikal yang baik untuk seluruh skuad, sama ada di barisan depan atau pada empat di belakang, itu pastinya The Gunners.

Tajuk laporan Le10Sport bertarikh 18 Mei 2020.
Statistik Elvedi dalam saingan Bundesliga

Melihatkan kepada keupayaan pemain tersebut untuk beraksi dalam banyak posisi, mungkin ini menjadi tarikan Arteta dan Arsenal.

Namun ianya masih lagi samar dan juga tetap menjadi persoalan adakah Arteta benar-benar mahukan pemain serba boleh ini atau tidak?

Nilai pasaran semasa Elvedi mengikut transfermark adalah berjumlah €28 juta (kira-kira 25 juta pound sterling).

Dia telah membuat 158 penampilan sepanjang lima musim bersama kelab Jerman itu dengan menghasilkan lima gol dan enam bantuan gol setakat ini.

Advertisement