Connect with us

Arsenal

Arsenal ‘nampaknya bersedia’ membawa Coutinho.

Published

on

Arteta yakin dia dapat ‘memimpin’ The Gunners.

Arsenal ‘nampaknya bersedia’ untuk membawa Philippe Coutinho ke Emirates pada musim panas ini.

Mikel Arteta yakin pemain itu dapat membantu The Gunners bersaing dalam membawa pasukan ke puncak liga, menurut dakwaan dari Sepanyol.

Coutinho akan kembali ke Barcelona pada musim panas ini setelah Bayern Munich, di mana dia kini dipinjamkan telah memutuskan untuk tidak mengambil pilihan menandatanganinya secara kekal.

Advertisement

Peratusan untuk Coutinho kekal berada di Barcelona sangat rendah, dengan pasukan Catalan itu berminat untuk menjualnya dan pemain tengah itu ketika ini begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris.

Beberapa kelab telah dikaitkan dengan usaha (rundingan), termasuklah Arsenal dan ABC telah melaporkan minat pasukan tersebut terhadap Coutinho.

Pada 25 Mei, Mundo Deportivo menjelaskan ketua bolasepak Arsenal, Raul Sanlleh, diharapkan dapat melakukan kontak dengan ejen Philippe Coutinho, Kia Joorabchian.

Laporan Mundo Deportivo pada 25 Mei.

Sehari kemudian (26 Mei), Sport pula menjelaskan bahawa The Gunners telah ‘menghubungi’ wakil pemain Barcelona dan Mikel Arteta ‘sangat menyukai Coutinho’.

Arsenal pada ketika itu berharap untuk melakukan perjanjian pinjaman bagi mendapatkan pemain Amerika Selatan itu sebelum dapat ‘memastikan’ sebarang kemungkinan untuk membuat perpindahan kekal pada tahun 2021.

Advertisement

Ia menyatakan bahawa Barca, pada dasarnya, hanya mencari penjualan dan mereka percaya langkah pinjaman lain akan menurunkan nilai pemain berusia 27 tahun itu.

Laporan Sport pada 26 Mei.

Idea mereka adalah menjualnya sebelum 30 Jun bagi mengimbangi akaun kewangan mereka.

Namun, telah berulang kali didakwa bahawa pinjaman mungkin dapat dilakukan hanya jika tiada keinginan dari mana-mana pasukan untuk menandatanganinya secara kekal, maka jalan itu kelihatan terbuka.

Arsenal hanya berminat untuk langkah pinjaman dan mereka tidak akan mempertimbangkan untuk memenuhi permintaan Barca sebanyak € 90 juta untuk Coutinho.

Namun pada hari yang sama sebagaimana Mundo melaporkan kisah di atas, ABC telah menrungkaikan kisah perpindahan Coutinho dan Arsenal.

Advertisement

Mereka mengatakan bahawa Barcelona ‘berharap’ di mana mereka dapat mendapatkan kembali sejumlah wang yang telah mereka ‘kirimkan’ kepada Arsenal selama bertahun-tahun apabila menandatangani pemain seperti Marc Overmars, Cesc Fábregas, Thierry Henry dan beberapa pemain lain pada jumlah bayaran yang besar (dikeluarkan mereka sebelum ini) dengan menjual Coutinho.

Pengendali The Gunners, Arteta telah ‘mengesahkan’ bahawa beliau mahukan pemain Brazil itu untuk musim depan dan Coutinho akan menjadi ‘tonggak asas’ dalam pasukannya.

Barcelona berminat untuk menjual Coutinho bagi melegakan akaun kewangan mereka, yang mengeluarkan (membayar) gaji besar terhadap pemain tersebut bagi membolehkan mereka membuat pembelian baharu seperti Lautaro Martínez dan Miralem Pjanic.

Mereka masih menunggu ‘panggilan rasmi’ dari Arsenal untuk memulakan rundingan kesepakatan, walaupun harga permintaan mereka sebanyak € 80 juta mungkin menjadi ‘halangan’ bagi The Gunners.

Advertisement

Walaupun begitu, Arsenal dilaporkan ‘sanggup berusaha’ untuk mendapatkan Coutinho kerana Arteta yakin pemain tengah itu dapat menemui semula sentuhannya dan ‘memimpin’ Arsenal untuk bersaing dengan Liverpool dan Manchester City di puncak Liga Perdana.

Kepercayaannya adalah bahawa gaya pemain itu sesuai dan ‘sempurna’ dengan Arsenal dan Arteta.

Namun begitu, ia kelihatan seperti kedua-dua pihak bakal melalui beberapa rundingan yang serius dan sukar untuk mencari kesepakatan mengenai harga yang diminta, dengan kemungkinan kedua-duanya mempunyai pandangan dan hasrat yang sangat berbeza.

Advertisement