Arsenal sertai ‘senarai’ kelab yang mengejar penyerang berusia 17 tahun.

Joelson Fernandes

Hubungan dengan ejen dapat membantu keadaan.

Sistem akademi di Sporting telah lama menjadi perhatian mana-mana kelab yang ingin membuat pelaburan (menjana pendapatan) masa depan.

Cari permata, beri dia satu atau dua musim dalam pasukan utama dan kemudian jual untuk mendapatkan wang tunai.

Bagaimanapun ia bagaikan tidak berjalan seperti yang diharapkan baru-baru ini dan itu menimbulkan kekecewaan.

Namun ia masih tidak menghentikan keterujaan ketika membicarakan perkara berikutnya.

Joelson Fernandes

Edisi Sabtu Record berfokus pada Joelson yang berusia 17 tahun dan Arsenal diheret ke dalam laporan serta kaitan dengannya.

Akhbar Portugal itu menjelaskan Sporting mahu melindungi pemainnya itu dengan kontrak baharu dengan memasukkan klausa pelesapas € 100 juta.

Bagaimana pun mereka tidak akan memberi gaji yang bersesuaian dengan klausa seperti itu, tetapi akan berusaha membuatnya bersetuju dengan tawaran pembaharuan kontrak.

Arsenal telah ‘menyertai senarai’ kelab yang mengejar tandatangan penyerang muda itu.

Borussia Dortmund dan RB Leipzig juga berminat namun sekarang, berpindah ke Liga Perdana dilihat lebih berkemungkinan.

Ini kerana pemain muda itu dibantu oleh Kia Joorabchian, yang dinyatakan dalam laporan tersebut mempunyai hubungan baik dengan Arsenal dan oleh itu dapat ‘membuka pintu’pemain tersebut ke Liga Perdana Inggeris.

Kia Joorabchian, seorang ahli perniagaan berpendidikan Inggeris kelahiran Iran yang banyak terlibat dalam aktiviti bolasepak dan pengasas kepada Media Sport Investment.

Pemain sayap kiri muda itu bermain dalam pasukan B23 Sporting untuk sebahagian besar musim ini, membuat 28 penampilan.

Dia menjaringkan lima gol dan menghasilkan beberapa bantuan gol, juga kadang-kadang tampil di sebelah kanan.

Bersama negaranya, Joelson adalah pemain antarabangsa B17 Portugal, bermain dan menjaringkan gol dalam kelayakan Kejuaraan Eropah pada bulan November.

Persembahannya yang baik dengan kelab dan negaranya menarik minat dari seluruh Eropah.

Memandangkan dia hanya memiliki dua tahun lagi dalam kontraknya, ini mungkin membuatkan Arsenal tidak begitu terburu-buru dan terdesak dalam menandatanganinya.

Kecuali jika Sporting bersedia menjual dengan harga yang murah, mungkin untuk kepentingan The Gunners, kelab akan membiarkan kontrak itu berakhir sementara dia meneruskan perkembangannya.

Walaupun Sporting mungkin berjaya mendapatkan klausa € 100 juta itu, tidak ada kelab yang akan sanggup membayar yuran seperti itu.

Malah laporan itu juga menjelaskan tidak ada petunjuk mengenai apa yang Sporting inginkan dari Arsenal dan yang lain.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment