Connect with us

Arsenal

Arsenal tandatangani penyerang muda, Lewis.

Published

on

Dari Norway: DoF mengesahkan penyerang muda telah menandatangani kontrak dengan Arsenal.

Setelah menjalani percubaan bersama Arsenal sepanjang musim sejuk, nampaknya The Gunners berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan telah menandatangani pemain sayap muda, George Lewis dari Fram Larvik, Norway.

Awal bulan lalu (April), AftenPosten melaporkan dimana George Lewis sedang berunding bersama Arsenal setelah menjalani percubaan di kelab.

Pemain sayap itu mempamerkan aksi yang mengagumkan pada minggu pertama percubaannya, memperolehi lagi satu minggu tambahan untuk itu.

Advertisement

Kemudian The Gunners dilaporkan telah menawarkan kontrak kepadanya.

Ketika itu, Lewis tidak terikat dengan mana-mana kontrak.

Dia menghabiskan masanya bersama Tromsdalen UIL dan Fram Larvik setelah meninggalkan Tromso, tetapi tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan mereka.

Jelas, itu bermaksud tidak ada bayaran perpindahan yang perlu dilakukan dan ia juga tidak perlu menunggu sehingga musim panas untuk melengkapkan perpindahan.

Advertisement

Terkini, menurut VG, yang berjaya mendapatkan pengesahan dari pengarah sukan kelab Norway, Jostein Jensen, Arsenal sudahpun melengkapkan perpindahan tersebut dengan pemain itu menandatangani kontrak bersama The Gunners.

Laporan VG.

Bercakap kepada media tersebut, dia berkata: “Ya, kami dapat mengesahkannya.

“Saya diberitahu bahawa dia telah menandatangani kontrak untuk Arsenal ”.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai perjanjian itu, tetapi laporan sebelumnya oleh media Inggeris mengatakan bahawa pemain berusia 19 tahun itu akan bermain untuk skuad remaja Arsenal B23 sebelum dimasukkan ke dalam pasukan utama.

Lewis, yang baru tiba dari Tromsdalen UIL pada bulan Ogos 2019, hanya mempunyai lima penampilan profesional hingga kini, tetapi nampaknya dia cukup terkesan dalam meyakinkan The Gunners untuk mempertaruhkannya pada masa depan.

Perincian kesepakatan itu masih belum dikeluarkan, tetapi Jensen berusaha keras untuk memberikan yang terbaik kepada pemain tersebut.

Advertisement

Dia berkata: “Kami mengucapkan semoga berjaya George”.

Manakala Jonathan Hill, jurulatih yang memberikan debut kepada Lewis di pasukan Tromsdalen, mengatakan kepada Goal: “Ada berita di sini mengenai Arsenal tetapi tidak ada yang benar-benar memberikan perhatian pada awalnya.

“Saya gembira untuk George, tetapi saya juga sedikit terkejut.

“Dia bakal mencecah 20 tahun dan tidak pernah berada hampir untuk pasukan kebangsaan dan ia juga tidak bermakna dia tidak mendapat perhatian di sini semasa perkembangannya.

Advertisement

“Jadi itu mengejutkan, tapi mudah-mudahan dia dapat melakukannya dengan baik di sana.”