Arsenal Women didenda oleh FA, kes pecat jurulatih autistik

Logo

Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) telah mendenda pasukan Arsenal Women berikutan isu kes pemecatan seorang jurulatih skuad remaja.

Arsenal Women telah didenda £50,000 dan diarah untuk menghantar kakitangan mengikuti program pendidikan selepas kelab membuat keputusan untuk memecat seorang jurulatih autistik skuad remaja pada 2014, yang dianggap melanggar peraturan FA mengenai diskriminasi.

Kelab The Women’s Super League itu telah menafikan pemecatan Robin Carpenter, yang pada masa itu memegang peranan sebagai jurulatih skuad bawah 15 tahun, sebagai tindakan diskriminasi atas sebab ketidakupayaan, namun sebuah badan pengawalseliaan bebas telah menyimpulkan Arsenal “telah melayan dia kurang baik berbanding layanan mereka kepada kakitangan tanpa kecacatan”.

Selepas keputusan tersebut diumumkan pada tengahari Rabu, Arsenal telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan mereka “sangat kecewa” dengan keputusan tersebut.

“Memastikan kami mempunyai persekitaran yang inklusif adalah pusat apa yang kami perjuangkan sebagai sebuah kelab bolasepak,” bacaan kenyataan Arsenal.

“Kami sangat kecewa dengan keputusan ini kerana kami sejujurnya percaya tiada diskriminasi di dalam kes ini.

“Tetapi, kami menerima hasilnya dan akan meneruskan misi kami untuk membuat Arsenal satu organisasi yang inklusif dan menerima semua orang.”

Carpenter memulakan perbicaraan di tribunal pekerjaan berikutan pemecatannya dan telah dibayar £17,200 (sebelum cukai) setelah mencapai perjanjian penyelesaian pada Mei 2015.

Arsenal menegaskan semasa perbicaraan bahawa penyelesaian telah dipersetujui atas ‘sebab komersial’ berbanding penerimaan tingkah laku diskriminasi.

Carpenter merupakan ketua jurulatih skuad bawah 15 tahun Arsenal Women untuk musim 2013/14, di mana dia teleh berjumpa Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan kelab, John Bayer, untuk mendedahkan yang dia percaya dia ada austisme.

John Bayer

Bayer, yang melantik Carpenter pada 2007, telah menyampaikan perkara ini kepada Pengurus Perkembangan kelab, Clare Wheatley, sebelum mereka bertiga bertemu pada Mei 2014 untuk membincangkan bagaimana autisme boleh memberi kesan kepada karier profesional Carpenter dan juga kehidupan peribadinya.

Lima hari kemudian, mereka bertiga bertemu kembali, dan Bayer telah memberitahu Bayer bahawa dia telah digugurkan dari peranannya dengan notis empat minggu dan tidak akan dilibatkan oleh kelab untuk mana-mana peranan lain pada masa akan datang.

Kelab telah menerima keputusan yang dibuat oleh Wheatley untuk memecat Carpenter, yang bertindak selepas rundingan dengan Bayer dan mendapatkan nasihat daripada jabatan sumber manusia kelab.

Clare Wheatley

Keadaan Carpenter telah disahkan menerusi satu diagnosis pada November 2014.

Tribunal pekerjaan untuk mendengar pembuangan kerja ini telah ditetapkan pada 18 Mei 2015, tetapi kelab telah mencapai persetujuan dengan Carpenter pada hari bermulanya tribunal tersebut.

Wheatley dan dua ahli dari jabatan sumber manusia kelab telah diarahkan mengikuti program pendidikan mengenai diskriminasi, di bawah pengawasan FA.

Be the first to comment