Kanu lebih baik berbanding Aubameyang, yang menjadi pilihan Wenger.

Arsene Wenger telah menamakan Nwankwo Kanu mengatasi Pierre-Emerick Aubameyang sebagai pemain terbaik yang ditandatangani pada bulan Januari semasa menjadi pengurus Arsenal.

Kanu menyertai Arsenal pada 1999 selepas berpindah dari Inter Milan dengan yuran perpindahan sebanyak £4.15 juta dan dia pantas menjadi pemain penting dalam separuh musim kedua pada musim pertamanya.

Dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam beberapa perlawanan pertamanya, menjaringkan gol menentang Derby County, Sheffield Wednesday, Aston Villa, dan Tottenham Hotspur.

Penyerang ini menjaringkan 17 gol dalam musim penuh pertamanya, termasuk hat-trick dalam masa 15 minit menentang Chelsea, dan membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala UEFA.

Nwankwo Kanu merupakan salah seorang hero pujaan peminat the Gunners.

Apabila ditanya mengenai urusan pembelian terbaiknya dalam jendela perpindahan pemain bulan Januari, Wenger memilih pemain Nigeria itu mengatasi Aubameyang yang dibeli dari Borussia Dortmund pada 2018.

“Satu soalan yang sukar.

“Dalam 20 tahun, mungkin Kanu.

“Di pertengahan musim, dia membuat impak yang besar dan merupakan seorang pemain besar,’ katanya kepada beIN Sport.

Kanu sangat dikenali dikalangan peminat-peminat Arsenal ketika tempoh lima tahun setengah di kelab.

Dia juga sebahagian dari pasukan Invincibles musim 2003/04, dan berjaya menjaringkan 43 gol PL dalam 195 perlawanan.

Kanu kemudian berhijrah keluar menyertai West Bromwich Albion dan Portsmouth sebelum bersara pada 2012.

Arsene Wenger bersama Pierre-Emerick Aubameyang

Wenger menandatangani Aubameyang dari Borussia Dortmund dengan rekod perpindahan kelab iaitu £56 juta.

Penyerang antarabangsa Gabon ini berjaya menjaringkan 10 gol dalam baki musim 2017/18 sebelum menjaringkan 31 gol dalam semua kejohanan dalam musim penuh pertamanya di kelab.

Aubameyang sudah menjaringkan 20 gol dalam kempen 2019/20 sebelum sukan bolasepak digantung pada bulan Mac.

Wenger, yang kini memegang jawatan Ketua Pembangunan Bolasepak Global FIFA, mendedahkan dirinya bukanlah penyokong jendela perpindahan pemain pertengahan musim dan percaya ianya sepatutnya dihapuskan.

“Tidak, saya tidak [menggemarinya].

“Kerana saya fikir ia seperti berlari dalam satu acara maraton di mana anda perlu menukar kasut pada pertengahan jalan,” tambahnya.

“Ianya tidak betul, bila anda sudah memulakan musim, anda perlu menamatkannya dengan pemain-pemain yang sama.

“Atau anda membenarkannya terbuka sepanjang musim seperti semasa saya tiba di England.

“Mereka telah memilih peraturan yang tidak betul.”

Be the first to comment