Aubameyang telah lakukan apa yang Arteta mahukan darinya.

Pierre Emerick Aubameyang dan Mikel Arteta

Ketua Jurulatih Arsenal telah menerima yang terbaik dari dari Aubameyang.

Pierre-Emerick Aubameyang merupakan penyerang utama Arsenal dan beliau berada dalam kelasnya tersendiri.

Sejak Robert Lewandowksi meninggalkan Borussia Dortmund pada tahun 2014, Aubameyang telah diberikan peranan untuk mengisi kekosongan tersebut selaku penyerang utama (tunggal) dalam formasi asas kelab Jerman itu.

Formasi asas yang sering digunakan Dortmund ketika Lewandowski masib bersama mereka dengan Aubameyang bermain pada posisi sayap.

Naluri membunuh dan menjaringkan gol Aubameyang semenjak itu telah digunakan dengan baik sebagai penyerang.

Namun, sejak Mikel Arteta mengambil alih tugas selaku Ketua Jurulatih Arsenal pada akhir Disember, Aubameyang telah digunakan sebagai pemain sayap kiri terbalik (inverted left-winger), bermula dari sayap kiri tetapi memberikan kebebasan untuk bergerak ke separuh ruang (half-space) dan menyelinap di belakang pertahanan lawan.

Dengan formasi 4-2-3-1 yang fleksible dan berubah, Alexandre Lacazette turun sedikit ke bawah, meninggalkan dirinya jauh dari posisi penyerang dengan Bukayo Saka naik ke atas dari kiri untuk mengekalkan dan melebarkan ruang menyerang.

Dan ini memberikan Aubameyang kebebasan untuk membuat larian dari penjuru ke ruang tengah, di antara pertahanan kiri dan bek tengah lawan.

“Dengan pemain yang kami miliki ketika ini, kita harus berusaha menghasilkan pasukan di mana mereka mampu memberikan ancaman gol yang tinggi,” kata Arteta kepada laman web kelab.

“Untuk melakukannya, jika saya bermain Aubameyang di sana [penyerang] maka saya tidak akan menggunakan Laca.

“Mereka berdua dapat menjaringkan gol.

“Selalu ada yang positif dan negatif , saya hanya berusaha mencari keseimbangan yang tepat dan pemain yang dapat menjana hubungan di antara mereka. ”

Dan Arteta jelas memiliki kesemua itu dan beliau telah menemuinya, keseimbangan yang dicari-carinya dalam pasukan The Gunners.

Ia adalah peranan luas yang diadaptasikan, yang mengingatkan kita kepada posisi yang dimainkan Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk Liverpool, dengan Roberto Firmino jatuh ke posisi false-nine untuk membuka ruang di pertahanan tengah lawan.

Percaturan Arteta itu sangat sesuai dengan Aubameyang.

Aubameyang telah beraksi selama 697 minit untuk aksi Liga Perdana Inggeris sejak Arteta mengambil alih jawatan sebagai Ketua Jurulatih Arsenal.

Dia telah menjaringkan enam gol, dengan purata gol setiap 116 minit, kadar serangan yang menakjubkan, yang mampu mencabar kehebatan Sergio Aguero yang melakukan kadar lebih baik sepanjang musim.

Aubameyang turut mencatatkan purata 2.2 percubaan setiap 90 minit dan 1.03 percubaan tepat pada sasaran setiap 90 minit.

Dan juga mempunyai jangkaan gol bukan melalui sepakan penalti untuk 90 minit perlawanan sebanyak 0.44 dan bantuan yang diharapkan setiap 90 minit adalah 0.05.

Statistik Aubameyang dalam saingan Liga Perdana Inggeris dibawah Mikel Arteta.

Bil. Saingan
Penampilan Jaringan
Bantuan Minit Beraksi Gol per Minit
1 Premier League 8 6 697′ 116.2′
2 Europa League 6 3 210′
70′

Statistik Aubameyang, Aguero dan Vardy (tiga penjaring terbanyak liga setakat ini).

2019/20 Aubameyang Vardy
Aguero
Jaringan 17 19 16
Gol per perlawanan 0.65 0.73 0.73
Jumlah Permainan 26 26
22
Bantuan gol 1 3 4

Sumber rujukan : Premier League.

Sebagai perbandingan, Aubameyang bermain 1,170 minit Liga Perdana di bawah kendalian Unai Emery pada musim ini (2019/20).

Perbezaan 30 minit lebih cepat setiap gol yang dihasilkan Aubameyang di bawah Arteta.

Di bawah Unai Emery, Aubameyang telah menjaringkan lapan gol, purata gol setiap 146.3 minit, berbanding 116.2 minit di bawah Arteta.

Secara purata, Aubameyang juga melakukan 2.53 percubaan setiap 90 minit dan 1.08 percubaan tepat pada sasaran.

Kedua-dua jumlah percubaan itu menunjukkan kadar percubaan dan percubaan tepat Aubameyang di bawah Emery jauh lebih baik, bahkan jangkaan golnya setiap 90 adalah 0.42, yang mana 0.02 lebih rendah ketika di bawah Arteta.

Aubameyang mungkin melakukan lebih banyak percubaan di bawah Emery, tetapi dia berada di posisi yang lebih baik untuk menjaringkan gol di bawah Arteta, walaupun digunakan di sayap kiri.

2019/20 Mikel Arteta Unai Emery
Keseluruhan
Unai Emery
2019/20
Arsene Wenger
Jaringan 6 30 8 10
Gol per perlawanan 1.33 1.63 1.63 1.3
Jumlah Permainan 8 49 13 13
Bantuan gol 5 4
Minit Beraksi 697 3,901 1,170 1,059
Purata minit per gol 116.2 130 146.3 105.9

Pun begitu, ia akan memberikan lebih manfaat kepada Arenal untuk memberikan peluang yang lebih baik kepada Aubameyang yang produktif untuk menjaringkan gol sebagaimana dilakukan Arteta.

Ini terbukti rentak klinikalnya di final third lebih berbisa dibawah Arteta dimana Aubameyang secara konsisten dapat menjaringkan gol dengan ratio tinggi.

Dan itu juga menunjukkan bagaimana Arteta telah memberikan Aubameyang peluang melakukan serta melepaskan gerakannya dari bola untuk masuk ke situasi yang lebih berbahaya.

Di bawah Emery, Aubameyang secara purata melakukan 35 sentuhan setiap 90 minit dan angka itu meningkat menjadi 42.56 di bawah Arteta.

Malah sentuhan Aubameyang di kawasan penalti turut meningkat dengan ketara di bawah Arteta di mana dia telah melakukan 6.21 sentuhan untuk 90 minit, berbanding 4.31 sentuhan di bawah Emery.

Gelecekan yang diselesaikannya Aubameyang turut meningkat hampir dua kali ganda dari 0.54 per 90 minit (di bawah Emery) menjadi 1.03 untuk 90 minit.

Bermain dalam peranan sayap kiri yang lebih longgar, Aubameyang dibenarkan berlegar di segenap ruang.

Kadang-kadang dia berada di sisi (tepi) dan menerima bola dekat dengan garis luar padang.

Pada masa yang lain, dia bergerak ke tengah, mengambil ruang yang sukar untuk barisan pertahanan lawan untuk mengawalnya kerana Aubameyang juga berfungsi untuk menarik pihak lawan keluar dari kawasan mereka, menghancurkan bentuk formasi lawan.

Ketika bermain sebagai penyerang tengah, kedudukan Aubameyang lebih tersusun.

Tetapi dalam peranan sayap kiri yang lebih longgar, dia mempunyai kebebasan yang lebih besar untuk berada dimana-mana sahaja.

Dengan kepintaran dan naluri membunuhnya, membawa dia kawasan berbahaya dengan lebih kerap.

Pergerakan Aubameyang ketika tidak memiliki penguasaan bola sangat menakjubkan dan Arteta telah berjaya ‘membuka’ kehebatan yang selama ini terpendam.

Aubameyang juga banyak menyumbang untuk kerja-kerja pertahanan di bahagian luar (wide area).

Bahagian luar – wide area yang mana Aubameyang turut melakukan kerja-kerja pertahanan.

Di bawah Arteta, dia secara purata telah melakukan 1.56 percubaan hadangan (attempted tackles) untuk setiap 90 minit dan 15.3 tekanan (pressures).

Dia telah melakukan 12 tackles secara keseluruhan, separuh dari jumlah itu dilakukan Aubameyang di kawasan defensive third.

Jelas Arteta menyedari dan menghargai hasil kerja yang dipamerkan Aubameyang setakat ini.

“Luar biasa, jumlah sumbangan yang dia lakukan dan bagaimana dia memikul tanggungjawab bertahan,” kata Arteta kepada Sky Sports setelah mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Everton pada Februari lalu, di mana Aubameyang menjaringkan dua gol.

“Sebelum ini saya mempunyai keraguan, tetapi ini menunjukkan komitmen yang dia berikan kepada rakan sepasukan dan kelab.

“Saya tidak pasti sama ada dia mahu melakukannya atau adakah dia boleh melakukannya secara fizikal.

“Tetapi dia menunjukkan bahawa dia dapat melakukannya secara fizikal, jadi ini adalah mengenai ‘Adakah anda mahu melakukannya atau tidak?’ “

Aubameyang, kemudian tampil di puncak kekuatannya.

Dia menjaringkan gol pada tahap serangan yang luar biasa, dia melakukan percubaan dari posisi yang lebih baik, banyak terlibat dalam gerakan menyerang dan bekerja lebih keras untuk bertahan dari sebelumnya.

Dan semuanya berpunca dari bagaimana Arteta menggunakannya dalam peranan sayap kiri terbalik (inverted left-wing) yang sangat sesuai untuk pemain antarabangsa Gabon ini.

Pada usia 30 tahun dan bakal bertukar 31 tahun pada bulan depan (18 Jun), masa depan beliau masih menjadi persoalan, adakah beliau akan kekal ataupun berpindah keluar dari Emirates pada musim panas ini.

Kontrak Aubameyang bersama Arsenal hanya akan berakhir pada penghujung musim depan (30.06.2021) dan setakat ini dia masih gagal menandatangani tawaran pembaharuan kontrak yang ditawarkan kepadanya.

Aubameyang telah lakukan yang terbaik untuk Arteta.

Walaupun Aubameyang masih belum memberikan kata putusnya mengenai kedudukan di Arsenal, namun Arteta jelas mengharapkan agar beliau kekal.

“Dia adalah pemain terpenting Arsenal.” – Mikel Arteta.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment