Bekas pengurus Inter Milan meninggal dunia pada usia 81 tahun

Inter Milan
Luigi Simoni

Luigi Simoni, yang menjadi pengurus skuad Inter Milan menjuarai Piala UEFA 1998, telah meninggal dunia pada hari Jumaat.

Berita ini telah disahkan dalam laman sesawang rasmi Inter Milan, pada hari ulang tahun ke-10 meraikan kejayaan kelab menjuarai treble pada 2010.

Dia seorang pengurus yang mempunyai karier pengurusan yang meriah dan berpindah-randah, dan telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada tujuh pasukan untuk naik ke Serie A dari Serie B.

Simoni menderita sakit angin ahmar yang dia tidak pernah sembuh sepenuhnya dan telah dibawah ke hospital selepas kesihatannya mula merosok sebelum kematiannya, laporan akhbar La Gazzetta dello Sport.

Dia telah menjadi jurulatih di banyak kelab termasuklah Lazio, Napoli, Torino, Bresica, dan Cremonese.

Tetapi masa paling gemilang adalah bersama Inter di mana Nerazzuri menundukkan Lazio 3-0 dalam perlawanan akhir Piala UEFA 1998 di Parc des Princes pada 6 Mei 1998.

Luigi Simoni bersama Ronaldo

Satu jaringan gol masing-masing oleh Ivan Zamorano, Javier Zanetti, dan Ronaldo telah menghadiahkan kejayaan Piala UEFA ketiga untuk Inter pada tahun 1990-an.

Inter telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari Jumaat, yang dibaca: “Hari ini, 22 Mei, dia meninggalkan kita. Ia bukan tarikh sebarangan, tetapi tarikh yang mempunyai kaitan dengan Inter.

“Kami mengingati Gigi Simoni dan akan merindui segalanya tentang dirinya. Pertama dan terpenting, gaya budiman dirinya. Cara kehidupannya, peribadi dan bola sepak, tidak pernah mengatasi yang teratas. Bola sepaknya mencerminkan perkara itu: rendah diri, berfungsi, dan mampu memanfaatkan sepenuhnya apa yang ditawarkan.”

Skuad Inter bimbingan Simoni juga hampir memenangi kejuaraan Serie A 1997/98, namun akhirnya terpaksa menamatkan di tempat kedua, lima mata di belakang pasukan juara Juventus.

Jurulatih berpengalaman ini telah dianugerahkan Panchina d’oro (Golden Bench) atas pencapaiannya dalam kempen 1997/98, tetapi dia telah dipecat sebelum Krismas pada musim berikutnya.

Antara kelab lain yang mengucapkan takziah kepada keluarga Simoni adalah Lazio dan Napoli.

Cremonese, kelab yang dia ketuai ke Serie A musim 1993/94 (menduduki tempat kedua Serie B musim 1992/93), juga membantu menjuarai Piala Anglo-Itali setelah menewaskan Derby County pada 1993, juga menyatakan penghargaan terhadapnya.

Luigi Simoni (bertali leher) bersama skuad Cremonese meraikan kejayaan menjuarai Anglo-Itali 1993.

Mereka melihat ke atas pencapainnya sepanjang empat tahun kendalianya (1992 – 1996), dan dia telah diundi sebagai Jurulatih Sepanjang Zaman, menyatakan: “Pergilah Gigi, kami sentiasa merindui kamu tetapi kamu akan sentiasa berada di dalam sejarah Cremonese dan dalam hati semua peminat-peminat Grigiorossi.”

Kenyataan Inter berakhir: “Dunia bola sepak telah hilang seorang jurulatih yang hebat dan insan yang luar biasa.

“Beginilah cara kami mengingatinya: dengan rambut putihnya, dalam terowong kami, sementara dia menikmati kehebatan Ronaldo dengan senyuan di mukanya, diselubungi oleh kasi sayang para peminat. Selamat jalan Gigi, kami akan merindui anda.”

Ronaldo menyampaikan salam takziah kepada bekas jurulatihnya dengan ayat terakhir “Terima kasih jurulatih. Kamu telah mengajar saya lebih dari yang kamu bayangkan”.

Be the first to comment