
Bintang Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema menggesa warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk terus membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar susulan pandemik Covid-19.
Turut sama membuat membuat ucapan dalam memberikan mesej tersebut adalah bintang Dortmund dan Maghribi, Achraf Hakimi.
Tampil dalam kempen ‘Be Fit, Be Safe’ di Majlis Sukan Dubai, kedua pemain bolasepak itu telah menggesa rakan mereka di UAE dan di seluruh dunia untuk kekal selamat dan terus saling membantu serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam melalui krisis semasa.
Karim Benzema, the Star of Real Madrid and former player of the French national team, joined the Dubai Sports Council Initiative “Be fit, be safe” and sent a message to all who live in Dubai and the UAE and all Muslims around the world in the blessed month of Ramadan – pic.twitter.com/9bvGzU8AFq
— Dubai Sports Council (@DubaiSC) May 15, 2020
Benzema telah melakukan 81 penampilan bersama skuad kebangsaan dan lebih 330 penampilan bersama Real Madrid sejak berhijrah dari Lyon pada 2009, memohon keberkatan Allah pada bulan suci Ramadan ini dalam mesej sokongannya yang disiarkan melalui saluran media sosial DSC.
“Assalamualaikum, saya Karim Benzema,” kata pemain berusia 32 tahun itu dalam satu pesanan video.
“Saya ingin menyampaikan mesej kepada semua sahabat di UAE dan umat Islam di seluruh dunia ketika bulan Ramadan.
“Ketika ini adalah waktu sukar untuk semua susulan pandemik Covid-19. Jadi kita semua harus terus membantu antara satu sama lain.
“Kekal selamat dan jaga diri anda serta keluarga.
“Semoga Allah memberkati kita semua.”
Hakimi dari Maghribi, yang kembali bersama skuad Dortmund untuk menentang Schalke pada hari Sabtu setelah Bundesliga disambung kembali, juga telah mendesak rakan-rakannya di seluruh dunia untuk tetap bersama dalam memerangi masalah global ini, sambil menyeru untuk mematuhi langkah pencegahan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

Dipinjamkan dari Real Madrid ketika ini, Hakimi juga menghubungi peminatnya melalui DSC.
“Hello, Achraf Hakimi di sini,” kata pemain berusia 21 tahun itu dalam sebuah video.
“Salam untuk semua rakan saya di Dubai, UAE dan seluruh dunia pada kesempatan bulan suci Ramadan,” tambahnya.
“Kita berada di tengah-tengah pandemik global dan perlu menjaga diri kita dan keluarga, serta terus membantu sesiapa pun yang kita dapat.
“Saya kirimkan semua kasih dan harapan saya kepada anda dalam masa-masa yang mencabar ini, dan berdoa agar anda kekal kuat, sihat dan cergas.
“Saya juga berada di rumah dan menghabiskan banyak masa dengan bermain PlayStation. ”katanya.
“Oleh itu, pesan saya kepada semua rakan saya di luar sana adalah untuk memahami keadaan dan terus bersenam di rumah dan tempat lain yang diizinkan oleh pihak berkuasa, sesuai dengan langkah-langkah keselamatan yang dibenarkan. Terima kasih, ” tambahnya.
Achraf Hakimi, the star of the Moroccan national team who plays for Borussia Dortmund, on loan from Real Madrid, sent a message in the blessed month of Ramadan to everyone living in Dubai and the UAE and all Muslims around the world, wishing health and safety for all – pic.twitter.com/UhKHZzFPaW
— Dubai Sports Council (@DubaiSC) May 16, 2020
Kempen ‘Be Fit, Be Safe’ DSC telah mendapat sokongan meluas dengan bintang-bintang bolasepak ternama seperti pemain Barcelona, Ivan Rakitic, legenda Manchester United, Ryan Giggs, bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Michel Salgado dan bintang Portugal yang semakin meningkat, Joao Felix.
Malah Luis Figo dari Portugal, Roberto Carlos dari Brazil, Carles Puyol dari Sepanyol, Gennaro Gattuso dari Itali dan pemain Perancis Nicolas Anelka, antara lain turut sama memberikan sokongan kepada kempen ini.
