Bernd Leno puji kekuatan mental pemain remaja Arsenal.

Bernd Leno

Bernd Leno mendakwa Gabriel Martinelli mempunyai potensi dan bakat untuk menjadi pemain masa depan berkelas dunia.

Gabriel Martinelli

Pemain Brazil ini tiba di Stadium Emirates pada musim panas lepas, tetapi pantas menyesuaikan diri dengan pasukan sehingga boleh menjaringkan 10 gol dalam 26 penampilan dalam semua kejohanan.

Dia dipuji ramai untuk menjadi pemain bintang masa depan dan sentimen ini diperakui oleh penjaga gol kelab.

Leno memberitahu SoccerAM: “Dia boleh menjadi pemain berkelas dunia.

“100% berkelas dunia kerana dia mempunyai bakat, dia mempunyai kualiti.

‘Tetapi saya rasa kekutatan terbesarnya adalah mentalitinya.

“Sukar dipercayai tahap bekerjanya [sangat gigih].

‘Saya ingat ketika masa buruk kami di mana kami sering bergelut, dia bekerja sangat kuat, dia salah seorang pemimpin dan pada usia 18 tahun dia datang dari satu tempat asing dan tiada siapa yang mengenalinya sebelum ini dan bermain seperti ini, bersikap seperti ini, ia sesuatu yang bagus untuk disaksikan.

‘Saya rasa kalau dia teruskan sebegini, dia akan menjadi seorang pemain yang sukar dipercayai [hebat].’

Martinelli membuktikan dirinya satu pembelian yang berbaloi, setelah menyertai dari kelab Brazil Ituano sekitar £6 juta.

Pemain remaja ini menolak tawaran dari Manchester United dan Barcelna sebelum sertai Arsenal, dan dia pantas menambat hati para peminat dan penyokong the Gunners.

Leno bukan pemain Arsenal pertama yang memuji Martinelli kepada masyarakat awam. Kieran Tierney juga berkata dalam sesi soal jawab Reddit bahawa pemain Brazil boleh menjadi seorang pemain bintang berkelas dunia.

Gabriel Martinelli sentiasa bermain sepenuh hati apabila diberikan peluang

Be the first to comment