Bolasepak tanpa penyokong, kelab Korea Selatan guna taktik licik.

FC Seoul guna patung seks gantikan penyokong di dalam stadium.

Ekoran larangan penyokong menghadiri stadium akibat penularan wabak Covid-19, perlawanan bolasepak diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Namun ia tidak menghalang kelab bolasepak Korea Selatan untuk menghidupkan suasana suram dengan menggunakan patung seks sebagai pengganti penyokong yang tidak dibenarkan hadir menonton perlawanan.

FC Seoul telah menemui dan menggunakan kaedah ‘unik’ dalam mengisi tempat kosong di stadium iaitu dengan menggunakan patung seks.

Pun begitu penyokong mereka nyata berang dengan tindakan tersebut.

Bagaimanapun mereka akhirnya tampil memohon maaf selepas dikecam teruk kerana penggunaan patung tersebut pada perlawanan hujung minggu lalu ketika menentang Gwangju FC.

Kelab itu bagaimanapun menegaskan penggunaan patung silikon – bagi menggantikan penonton sebenar, yang tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan kerana COVID-19 – tidak mempunyai kaitan dengan alat mainan seks.

Namun, sebahagian daripada penonton tiruan yang digunakan pada perlawanan itu memakai kemeja-T dengan logo SoloS yang melambangkan penjual alat permainan seks.

Beberapa patung lain, yang memakai penutup muka dan duduk berasingan mengikut panduan penjarakan sosial, memaparkan iklan beberapa syarikat dan ada di antaranya model.

Secara keseluruhannya terdapat 30 patung digunakan dengan 28 daripadanya adalah wanita, manakala bakinya lelaki.

FC Seoul berkata syarikat yang menyediakan patung silikon sebelum ini turut berkhidmat kepada SoloS, iklan di mana mereka berpakaian.

“Kami memohon maaf setulus hati kerana mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat,” kata FC Seoul dalam satu kenyataan susulan desakan daripada peminat dan media.

“Kami sudah membuat pengesahan dari peringkat awal lagi bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan alat permainan seks,” kata kelab itu.

Musim baharu Liga K bermula pada 8 Mei lalu selepas ditangguhkan lebih dua bulan kerana pandemik COVID-19, tetapi peminat tidak dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan

Dalam perlawanan itu, FC Seoul menang 1-0.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment