Connect with us

Arsenal

Boleh ke Saliba bermain untuk Arsenal sekiranya liga disambung semula?

Published

on

Liga Perancis telah pun dibatalkan musim ini manakala Liga Inggeris akan disambung semula Jun ini.

William Saliba merupakan pemain Arsenal yang dipinjamkan kepada kelab asalnya, Saint-Etienne selepas The Gunners melengkapkan urusan pembeliannya.

Dengan pembatalan kempen Ligue 1 secara rasmi, sudah pasti William Saliba tidak akan bermain untuk Saint-Etienne lagi, bagi musim ini.

Namun adakah dia boleh bermain bersama Arsenal sekiranya Liga Perdana Inggeris disambung semula Jun nanti?

Advertisement

Bulan lepas, 28 April 2002, Perdana Menteri Perancis memutuskan untuk membatalkan musim bolasepak Perancis kerana masalah kesihatan awam – coronavirus.

Oleh itu, pemain pinjaman Arsenal, William Saliba telah memainkan perlawanan terakhirnya untuk Saint-Etienne pada 8 Mac (menentang Bordeaux) tanpa sedar.

Dengan itu, Saliba mampu kembali ke Arsenal lebih awal dari apa yang dijangkakan sebelum ini.

Manakala Liga Perdana Inggeris pula dikatakan bakal menyambung semula aksi liga yang tertangguh selama ini pada Jun nanti.

Advertisement

The Premier League is continuing with plans to resume the 2019/20 season in June despite mounting health concerns from players, while clubs have been told that all matches would be held at “neutral” stadiums.Sky Sports

Bagaimanapun ianya turut menimbulkan persoalan adakah beliau mampu bermain untuk The Gunners sekiranya Liga Inggeris disambung semula?

Saliba telah memainkan aksi terakhirnya bersama Saint-Etienne pada 8 Mac lalu ketika menentang Bordeaux.

Persoalan tersebut timbul kerana dua perkara:

Pertama: Arsenal telah menyenaraikan nama Saliba sebelum dipinjamkan kembali ke Saint-Etienne dalam senarai skuad bawah 21 tahun yang akan menghadapi saingan musim 2019/20 (rujukan: Premier League)

Kedua: Saingan Liga Perancis sudah berakhir dan khidmat Saliba bersama Saint-Etienne tidak lagi diperlukan, kerana tiada lagi aksi perlawanan.

Advertisement

Pun begitu, Saliba juga tersenai dalam saingan Liga Perancis bersama Saint-Etienne berdasarkan tempoh kontrak pinjamannya yang mana ia akan berakhir pada 30 Jun ini.

Berdasarkan kepada sebab pertama di atas, jelas Saliba mampu beraksi bersama Arsenal sekiranya liga disambung semula, kerana dirinya telah didaftarkan untuk saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Namun, sekiranya Saint-Etienne tidak melepaskan Saliba kerana masih mempunyai kontrak sehingga 30 Jun ini, pasti perkara tersebut menemui kerumitan – untuk melihat Saliba bermain bersama Arsenal musim ini (sekiranya liga disambung Jun ini).

Perkara sebaliknya mungkin mampu dilakukan sekiranya Saint-Etienne bertindak memotong ataupun memendek tempoh kontrak pinjaman Saliba bersama mereka musim ini.

Advertisement

Wartawan yang boleh dipercayai, Charles Watts mengatakan bahawa The Gunners percaya bahawa walaupun Saliba kembali ke Arsenal lebih awal, namun dia tidak akan dapat beraksi sehingga 30 Jun kerana telah terikat (berdaftar) bersama skuad Saint-Etienne dalam Ligue 1 sehingga tarikh itu.

Saint-Etienne melepaskan Saliba lebih awal dari tempoh kontrak pinjamannya dan jika ini terjadi, ia pasti membolehkan dia bermain untuk The Gunners bagi baki saingan EPL musim ini.

Itu adalah senario terbaik sekiranya Arsenal dan kita benar-benar mahu menyaksikan Saliba beraksi.

Pun begitu, setakat ini tidak jelas mengenai perancangan Arsenal dan Liga Inggeris mengenai perjalanan liga setelah tertangguh ekoran pandemik ini.

Advertisement

Dan jika benar ia akan disambung Jun ini, jadual perlawanan pasti ketat dengan penggubal undang-undang risau dan takut para pemain akan mengalami kecederaan dengan mengharungi baki perlawanan dalam masa lima minggu atau kurang bagi menamatkan saingan liga musim ini.

Adakah anda merasakan bahawa Saliba perlu bermain musim ini (sekiranya EPL disambung)?

Dan adakah Arsenal begitu terdesak untuk menggunakan Saliba?

Advertisement