Bruno Cheyrou kembali bersatu dengan Gerard Houllier

Bruno Cheyrou

Bekas pemain Liverpool Bruno Cheyrou telah disatukan kembali dengan bekas pengurusnya Gerard Houllier selepas dilantik sebagai Ketua Pengambilan di Lyon.

Dia meninggalkan jawatannya sebagai Pengarah Sukan pasukan bolasepak wanita Paris Saint-Germain pada awal bulan ini, bagi memudahkan perlantikan barunya pada hari Isnin lepas.

Lyon berkata Cheyrou mempunyai “reputasi yang diiktiraf” dan mendedahkan dia pernah “memberi cadangan secara santai” kepada kelab untuk menandatangani Memphis Depay.

Dan cadangannya itu diterima, dan Depay menjadi satu kejayaan yang besar sejak menyertai kelab dari Mancheser United pada Januari 2017.

Dalam satu kenyataan pengumuman ketibaan Cheyrou, Lyon telah menunjukkan hubungan lepas di antara bekas pemain antarabangsa Perancis ini dengan Houllier, yang merupakan Penasihat Khas kepada Pengerusi Lyon Jean-Michel Aulas.

Gerard Houllier dan Bruno Cheyrou dalam satu sidang media

Lyon berkata Cheyrou “akan menyokong [Pengarah Sukan] Juninho dan Gerard Houllier dan misi baru untuk OL”.

Hubungan Houllier-Cheyrou bermula 18 tahun lalu, apabila pengurus Liverpool untuk telah membandingkan Cheyrou itu dengan Zinedine Zidane setibanya dia di Anfield pada 2002.

Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan kerana Cheyrou hanya menghabiskan dua tahun sahaja sebagai sebahagian daripada skuad utama Liverpool, dan semakin terabai selepas Houllier meninggalkan kelab pada 2004.

Dia kemudian telah dipinjamkan ke Marseille dan Bordeaux sebelum membuat perpindahan tetap ke Rennes pada 2006.

Nantes menjadi kelab terakhirnya sebelum bersara pada 2012.

Bruno Cheyrou membuat 48 penampilan dan menjaringkan lima gol untuk Liverpool dari 2002-2006

Be the first to comment