Calum Chambers belum ada skala masa kembali dari kecederaan

Calum Chambers

Pemain pertahanan tengah Arsenal Calum Chambers pemulihan kecederaannya masih berjalan lancar tetapi dia belum menetapkan tarikh untuk dia kembali beraksi.

Chambers mengalami kecederaan ligamen lutut ketika beraksi dalam perlawanan pertama Mikel Arteta di Stadium Emirates sebagai ketua jurulatih kelab menentang Chelsea pada bulan Disember lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu menjalani pembedahan dan dia berkata pemulihan berjalan dengan baik walaupun perintah berkurung semasa virus corona ini.

Bercakap di Arsenal’s House Party show on Facebook, Chambers berkata: “Pembedahan berjalan lancar dan untuk terma pemulihan saya hanya perlu mengikutinya dengan apa yang saya boleh lakukan di rumah.

“Saya bertuah kerana memiliki sedikit peralatan gim di sini jadi saya menguatkan kekuatan kaki, lutut, dan quadriceps. Semuanya mengenai menambah kekuatan di bahagian quad barulah dengan harapan untuk membuat perkara-perkara lain.

“Ianya kira-kira mengenai menyesuai diri dalam situasi yang kita berada sekarang dan mencari benda-benda yang saya boleh lakukan di rumah bagi memastikan diri saya sentiasa bergerak. Mereka yang lain juga baik di FaceTime dan Zoom pada hari-hari lain. Mereka menghabiskan tiga jam di FaceTime bercakap dan mengikuti saya sepanjang sesi, jadi penghargaan adalah untuk mereka. Agak sukar tanpa mereka, jadi mereka sememangnya terbaik untuk saya.

“Kami sudah cuba untuk kekalkan dengan rehab pagi, jadi pada sesetengah hari saya akan melakukan duo sesi di mana saya akan melakukan kerja-kerja saya pada waktu pagi dan tengahari. Ia adalah untuk memastikan rutin dan memastikan momentum terus berjalan.

“Secara jujurnya, [tidak meletakkan jangka masa saya kembali] adalah antara perkara pertama yang saya katakan apabila saya memulakan rehab. Saya tidak mahu meletakkan jangka masa ke atas apa-apa pun. Saya hanya mahu memastikan ianya tepat, mengambil masa saya ke atasnya dan memastikan saya melakukannya dengan betul.

“Saya tidak meletakkan satu tarikh pun dalam kepala saya, meletakkan jangka masa ke atasnya, hanya melakukan segala yang boleh dilakukan buat masa ini untuk mendapatkan yang terbaik dalam situasi seperti ini. Mudah-mudahan ia hanya membina dan maju dari sana. Saya hanya cuba untuk mendapatkan melalui fasa yang berbeza dan blok yang berbeza dan semampu diri saya.”

Be the first to comment