Campbell desak Arsenal jamin masa depan Saka dengan segera.

Bukayo Saka

“Mengapa harus tunggu sehingga musim panas?” – Campbell

Bekas penyerang The Gunners, Kevin Campbell mendesak Arsenal untuk mengikat Bukayo Saka dengan perjanjian baharu secepat mungkin.

Terdapat kerisauan terhadap masa depan produk Hale End Academy kerana dia hanya tinggal kira-kira setahun sahaja lagi dalam kontrak profesional yang ditandatanganinya pada tahun 2018.

Dan ketika ini dia begitu kuat dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris lain dan Bundesliga.

Saka mempamerkan aksi yang mengagumkan dengan fleksibilitinya bermain pada posisi yang bukan menjadi kegemarannya.

Persembahan cemerlang dia musim ini sebelum liga ditangguhkan jelas menarik minat beberapa pihak ketika dia bermain di posisi bek kiri sejak Disember lalu berikutan kecederaan yang dialami oleh duo berpengalaman, Sead Kolasinac dan Kieran Tierney.

Kevin Campbell

“Saya rasa mereka akan berunding pada akhir musim dan kemudian mengikatnya dengan kontrak jangka panjang yang bagus,” kata Campbell kepada Metro UK.

“Saya tidak dapat melihat Arsenal membiarkannya pergi, dia masih muda, dia pemain berbakat dan jika anda membiarkan pemain berbakat muda ini keluar dari bangunan maka anda tidak akan mendapat apa-apa.

“Saya rasa ia akan selesai, ini adalah soal bilakah.

“Saya ingin melihat mereka bergerak dan menyelesaikannya sekarang, mengapa menunggu hingga musim panas?”

Saka baru berusia 18 tahun dan telah bermain dengan cemerlang mengatasi usianya dan dia telah bermain dalam lapan belas perlawanan Liga Perdana musim ini.

Dan daripada jumlah itu, Saka telah bermain 11 kali di posisi bek kiri dengan menghasilkan dua bantuan gol.

“Jangan tunggu lama-lama… Nanti lama-lama… Dia diambil orang ”
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment