Connect with us

Chelsea

Chelsea dan Lampard harus lakukan keputusan tepat.

Published

on

Masih terdapat perkara yang belum pasti.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard antara mereka yang tidak sabar untuk melihat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini disambung semula.

Bagaimanapun, bekas pemain tengah England itu mempunyai pelbagai misi antaranya termasuklah untuk menawarkan lanjutan kontrak kepada pemain utama seperti Olivier Giroud dan Willian.

Bercakap kepada Sky Sports News, Lampard menjelaskan masih terdapat perkara yang belum pasti termasuk penyambungan semula EPL musim ini.

Advertisement

Lampard berkata terdapat beberapa pemain utama bakal berdepan tempoh tamat kontrak dan beliau harus melihat dengan penuh berhati-hati bagaimana untuk menyelesaikan perkara berkenaan sebaik mungkin.

Masa depan Giroud dan Willian masih menjadi tanda tanya bersama The Blues.

“Masih belum dapat dipastikan dan bila saingan akan bersambung.

“Kami mempunyai pemain ternama yang akan tamat kontrak, jadi itu adalah antara perkara yang menjadi keutamaan saya,” kata Lampard.

Chelsea hanya tiga mata mengatasi Manchester United dan masih lagi berbaki sembilan perlawanan.

Willian sebelum ini sudah dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk pasukan dari EPL, Arsenal dan Liverpool.

Advertisement

Salah satu perkara yang Lampard harus berdepan ialah permintaan pemain Brazil itu untuk penyambungan kontrak selama tiga tahun.

Bagaimanapun, antara perkara yang mungkin melegakan The Blues ialah Willian masih belum bersedia untuk meninggalkan London.