Chelsea mahu dapatkan Roman Burki ganti Kepa Arrizabalaga

Borussia Dortmund
Roman Burki

Chelsea dikatakan mahu membuat tawaran mengejut £15juta untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Borussia Dortmund Roman Burki.

Menurut akhbar the Sun, Chelsea sedang membuat pertimbangan ke atas pilihan-pilihan yang ada untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga.

Dan the Blues mahu cuba mendapatkan penjaga gol itu dalam perjanjian yang lebih murah dan berbaloi, yang masih mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya.

Pengurus kelab Frank Lampard dipercayai bersedia mendengar sebarang tawaran untuk penjaga gol Sepanyol itu, yang dibawa masuk ke Stamford Bridge dari Athletic Bilbao pada 2018 untuk menggantikan Thibaut Courtois.

Walaupun sudah menempatkan dirinya sebagai penjaga gol utama, dia telah digantikan oleh Willy Caballero dalam enam perlawanan dari Januari sehingga Februari lalu termasuk dalam perlawanan menentang Leicester City, Manchester United, Tottenham Hotspur, dan Bayern Munich.

Lampard sedia lepaskan Kepa.

Lampard telah diwarisi dengan Kepa sebaik ketibaannya di kelab, tetapi dengan kesilapan-kesilapan berprofil tinggi telah menyaksikan kedudukan Kepa diteliti dengan lebih serius dan tergugat.

Kepa masih mempunyai kontrak di Stamford Bridge sehingga 2025, dan kelab sedang dalam dilemma bagaimana henda maju ke hadapan dengan situasi penjaga gol mereka.

Be the first to comment