Christian Pulisic dedahkan sambutan dingin semasa hari pertama sesi latihan bersama Chelsea

Chelsea
Christian Pulisic

Pemain bintang Chelsea Christian Pulisic membuka cerita permulaan kehidupan baru yang ‘gila’ di kelab London itu.

Dia mendedahkan rakan-rakan sepasukan barunya tidak menyedari akan kehadirannya di dalam bas pasukan semasa sesi latihan pertamanya.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat ini menyertai the Blues dari Borrusia Dortmund dengan yuran perpindahan £58 juta pada musim panas lepas, dan dia sanggup memendekkan percutiannya untuk menyertai sesi latihan pra-musim skuad bimbingan Frank Lampard di Tokyo.

Dan dia akui permulaan hidupnya di kelab adalah sangat menarik.

Bercakap kepada 13&ME Podcast, Pulisic berkata: ‘Agak pelik juga apa yang terjadi. Saya terbang terus ke sini dari rehat musim panas selepas tamat kejohanan Gold Cup. Saya hanya berehat selama satu minggu dan memang tidak merasai cuti musim panas.

‘Pasukan sudah memulakan pra-musim di Jepun jadi saya menaiki penerbangan terus ke sini secara bersendiri dan kemudian bertemu dengan pasukan yang menaiki penerbangan dari London.

‘Saya terus pergi ke hotel dan perkara seterusnya dalam jadual adalah pergi ke sesi latihan. Saya sudah berasa penat, gementar dan tidak tahu apa yang hendak difikirkan tetapi “Saya berada di Chelsea dan ia sangat gila.”

‘Saya menaiki bas, mereka juga sudah tiba. Semua orang dalam separuh tidur, saya masuk dan duduk di tempat duduk saya dan tiada sesiapa yang menyedari saya. Tiada siapa berkata apa-apa. Mungkin ada seorang atau dua yang berkata “Hey Hello” dan saya seperti “apa yang sedang berlaku ni?”

‘Saya sangat gementar pada dua tiga hari pertama sesi latihan. Anda tahu bagaimanakah perasaan itu bila berpindah ke pasukan baru. Mereka semua baik-baik di luar padang tetapi untuk mendapatkan penghormatan, anda perlu kebolehan anda di atas padang.

‘Saya perlu ke sana pada hari ketiga dan bila saya mengalami latihan yang bagus, menjaringkan bebearapa gol, dan membuat bantuan gol dan kemudian saya dapat rasa mereka datang dan bercakap dengan saya, mendapat rasa hormat daripada mereka.

‘Agak menarik bagaimana ianya terjadi tetapi mereka semua bagus dan saya menikmatinya.’

Be the first to comment