Dari Portugal: Pemain pertahanan Arsenal berjanji akan sertai Benfica.

Pemain pertahanan Arsenal, David Luiz telah bercakap kepada laman web rasmi gergasi Portugal, Benfica minggu ini.

Pemain berusia 33 tahun itu mengimbau kembali musim-musim yang indah di Lisbon, di mana dia bermain antara 2007 dan 2011.

Selain menunjukkan rasa cintanya kepada kelab, David Luiz tidak keberatan berjanji akan kembali ke Eagles pada masa akan datang, dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu menunggu terlalu lama sebelum melakukannya.

“Saya pasti mahu kembali.

“Saya mahu mengakhiri karier saya di Benfica, tetapi saya tidak tahu bila, “kata David Luiz kepada laman web Benfica (via Record).

“Perkara berubah dengan cepat.

“Apa yang benar hari ini, esok tidak. Tetapi perasaan itu tidak pernah berubah.

“Memang benar, selalu dinyatakan dan semua orang tahu bahawa saya sukakan Benfica.

“Apabila saya kembali, saya ingin mempunyai kaki untuk berlari, bersaing, berada di tahap yang sama dengan pemain lain.

“Saya tidak akan memaksa diri saya sendiri. Saya mahu menjadi penyumbang utama.

“Oleh itu, saya menjaga dan mempersiapkan diri.

“Pada usia 33 tahun, saya mempunyai angka yang lebih baik daripada 28, secara fizikal. “

Semasa temubual tersebut, David Luiz mengakui Benfica ‘tidak memerlukannya’, kerana mereka mempunyai pemain pertahanan muda yang baik dalam skuad mereka.

Tetapi itu tidak akan menghalangnya daripada menyertai kelab itu semula.

“Sekiranya Benfica membuat keputusan dan saya boleh menjadi sebahagian daripadanya, saya akan hadir dengan hati terbuka, penuh dengan kegembiraan.

“Impian saya adalah untuk memijak kaki di Estadio da Luz dengan jersi Benfica sekali lagi.

“Ia akan menjadi salah satu hari paling menggembirakan dalam hidup saya.

“Saya mahu kembali memakai nombor jersi keramat, 23 dari Benfica dan pergi ke padang seolah-olah saya berumur 19 tahun. “

Walaupun David Luiz belum menetapkan tarikh kepulangannya, Record menjelaskan bahawa kontraknya dengan Arsenal akan berakhir tahun depan.

Itu akan menjadikan isyarat jelas kepada Benfica sekiranya mereka berminat untuk membawanya pulang ke Lisbon.

David Luiz membuat 130 penampilan untuk Eagles, setelah memenangi Liga Portugal sekali dan Piala Portugal tiga kali.

Dia meninggalkan kelab tersebut pada 2011 untuk menyertai Chelsea.

David Luiz dan Di Maria pernah beraksi untuk Benfica pada 2007
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment