David Luiz tidak akan kembali ke kelab lama musim panas ini.

Beliau boleh memperbaharui kontrak di Emirates.

Sebelum ini terdapat khabar angin kuat di media Portugal yang mengatakan David Luiz bakal kembali ke Benfica.

Semua ini merupakan gabungan berita dari beberapa hari kebelakangan ini.

Dan ini juga berpunca daripada luahan pemain pertahanan itu yang mendakwa bahawa dia ingin kembali ke Lisbon sebelum kariernya berakhir.

Beraksi buat kali terakhir dan bersara bersama kelab Portugal itu.

Kemudian media Inggeris mendedahkan bahawa kontraknya bersama Arsenal akan berakhir bulan depan dan bukannya pada tahun 2021, seperti yang dilaporkan pertama kali (sebelum ini).

Itu sudah memandai buat TVI24 untuk ‘memanaskan situasi’ dengan mengatakan ‘bintang dunia’ itu akan kembali ke Estádio da Luz pada jendela perpindahan seterusnya.

Namun TVI24 yang sama muncul dan menafikan peluang ini dengan mengatakan bahawa impian Benfica terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Mereka sekarang mengatakan bahawa walaupun kontraknya berakhir, namun David Luiz masih dapat memperbaharui perjanjiannya dan tinggal di Arsenal.

Mereka juga menjelaskan bahawa pemain berusia 33 tahun itu tidak akan kembali ke Benfica pada musim panas ini, sekali gus menangguhkan hajat kedua-dua pihak (Benfica dan Luiz untuk bergabung semula).

TVI24: Although the contract ends, David Luiz will still be able to stay at Arsenal. It is not yet that the 33-year-old Brazilian will return to Benfica.

David Luiz
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment