Connect with us

Tottenham Hotspur

Dele Alli diacu pisau dalam satu rompakan di rumahnya di utara London

Published

on

Pemain tengah Tottenham Hotspur telah dirompak selepas beberapa perompak memecah masuk kediamannya di utara London pada awal pagi hari Rabu.

Difahamkan terdapat lima orang di dalam rumahnya termasuk dirinya semasa kejadian berlaku, dengan teman wanitanya, abangnya serta teman teman wanitanya, juga rakannya juga berada di lokasi kejadian.

Pihak polis mengesahkan dua lelaki di kediaman itu telah diserang semasa insiden itu, dengan Alli dilaporkan salah seorang daripada mangsa serangan.

Advertisement

Alli menghargai setiap kata-kata semangat yang diberikan kepadanya dalam akaun Twitter miliknya pada petang Rabu, dan menulis: “Terima kasih dengan semua pesanan,”

“Pengalaman yang menakutkan tetapi kami semua sudah dalam keadaan baik sekarang. Menghargai semua sokongan.”

Polis mengatakan tiada tangkapan yang dilakukan setakat ini, sementara pertanyaan mengenai kejadian masih berterusan.

“Dua orang lelaki dapat memasuki kediaman dan mencuri barangan kemas termasuk beberapa utas jam tangan sebelum melarikan diri,” bacaan satu kenyataan polis.

“Dua penghuni lelaki di dalam rumah itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka setelah diserang. Mereka tidak memerlukan rawatan hospital.”

Advertisement

Tottenham telah menawarkan sokongan terhadap pemain tengah England itu, dengan jurucakap kelab berkata: “Kami telah menawarkan sokongan kami kepada Dele dan mereka yang bersamanya. Kami menggalakkan sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan membantu pihak polis dengan penyiasatan mereka.

Insiden ini berlaku dua bulan selepas rumah rakan sepasukan Alli Jan Vertoghen dimasuki oleh lelaki bersentajakan pisau di kediamannya di utara London.

Rompakan kediaman Vertonghem berlaku ketika dia berada di Jerman, beraksi untuk Spurs menentang RB Leipzig dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Mac lepas.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply