Suarez dedah cerita keperitan semasa bermain di Arsenal.

Denis Suarez

Denis Suarez mendedahkan pengumpulan cecair pada pangkal pehanya menyebabkan dia bergelut untuk melakukan walau perkara asas semasa bermain untuk Arsenal pada musim lepas.

Pemain warganegara Sepanyol ini menyertai the Gunners secara pinjaman dari Barcelona pada Januari 2019, namun hanya dapat bermain 67 dalam empat penampilan Liga Perdana sebagai pemain gantian sebelum dihantar pulang ke kelab asalnya.

Dia mendakwa dia telah menolak peluang untuk menyertai AC Milan, Sevilla, dan Real Betis secara tetap untuk mencapai perpindahan impiannya ke Emirates, dan berharap pengurus kelab pada ketika itu, Unai Emery, akan mengekalkannya selepas tamat tempoh pinjaman.

Walaubagaimanapun, selepas mengutip kecederaan dalam Europa League, pemain tengah ini tidak dapat mendapat kembali kecergasan penuh dan perlu mencuba bermain menerusi ubat tahan sakit.

Aksi Denis Suarez ketika menentang Manchester United

“Saya bermain perlawanan pertama saya menentang Manchester City dan 10 hari kemudian saya mengalami kecederaan (dalam perlawanan pertama) menentang BATE Borisov dalam Europa League,” kata Suarez kepada The Athletic.

“Saya rasa amat sakit di pangkal peha saya, saya sudah menjalani ujian dan imbasan dan tiada apa-apa di pangkal peha saya, tetapi ada edema besar (pengumpulan cecair) di sekitar tulang pubik.

“Saya rasa kesakitan perit apabila saya berlari, apabila saya menyepak, apabila saya menghantar [bola].

“Ianya sangat sukar. Saya rasa tahap kecergasan hanya 30%.”

Suarez juga bermain 28 minit secara keseluruhan di Eropah, tetapi gagal untuk menjaringkan gol, membuat bantuan gol, antara membuat hantaran bola penting semasa tempoh bermainnya untuk Arsenal.

Apabila ditanya adakah dia pernah berasa 100% cergas semasa di Emirates, dia menambah: ” Hanya minggu pertama.

“Hanya pada waktu itu. Saya rasa ianya semakin teruk.

“Selepas perlawanan menentang BATE Borisov, saya berasa sangat sakit.

“Setiap pergerakan, setiap perubahan arah, setiap rembatan.

“Saya cuba berlatih menerusi kesakitan ini.

“Ianya tidak dapat dibendung. Saya tidak berada dalam keadaan terbaik saya.

“Unai tidak dapat memainkan saya kerana dia tahu saya tidak berada di tahap 50% pun.”

Be the first to comment